26.8 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Tips Membeli Rumah Pertama

Mesti Baca

Adakah anda bercadang untuk membeli rumah pertama?

Pasti timbul pelbagai persoalan di minda anda. Namun disarankan untuk anda membuat beberapa pelan tindakan terlebih dahulu. Langkah ini penting untuk mengukur kemampuan hartanah anda dan melihat jenis rumah yang mampu anda miliki.

Selain itu dengan pelan yang betul, dapat melancarkan proses membeli rumah pertama dan boleh mengelakkan anda daripada ditipu oleh agen hartanah dan pemaju perumahan.

Semak Profil Kewangan Anda

Senaraikan perkara-perkara seperti berikut :

  1. Pendapatan kerja – Gaji, elaun dan pendapatan tambahan lain
  2. Komitmen anda – Bayaran kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, koperasi atau PTPTN
  3. Simpanan anda – Bank, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pelaburan

Semak dengan pegawai bank

Anda boleh menyemak kelayakan anda dengan pegawai bank untuk membuat pinjaman perumahan dari setiap bank yang berbeza. Cetak penyata CCRIS anda dan tunjuk semua senarai profil kewangan yang telah disediakan.

Sekirannya jawapan yang diterima positif, anda boleh mulakan pencarian rumah yang layak dengan status kewangan anda. Jika gagal, anda perlu menyemak semula profil kewangan anda. Anda boleh mulakan dengan menambah pendapatan bulanan anda dan mengurangkan komitmen semasa. Kemudian buat semula permohonan di bank semula.

Kaji Hartanah Dahulu

Anda perlu menyelidik terlebih dahulu rekod pemaju hartanah. Sekiranya anda memerlukan ejen hartanah, pastikan mereka berdaftar. Dengan bantuan ejen juga, mereka boleh membantu anda untuk menyemak harga pasaran rumah mengikut kelayakan anda.

Apabila anda membeli rumah terus dari pemaju, harga semasa yang sedang dibina jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan rumah telah siap. Namun anda akan berdepan dengan risiko rumah tidak siap dalam tempoh seperti yang dinyatakan atau kualiti rumah tidak baik.

Anda berhak memilih dan mengambil masa untuk mengkaji bagi memastikan anda tidak ditipu dan mengalami kerugian.

Anda juga perlu mengetahui pegangan tanah sama ada ia freehold atau leasehold.

Pilih Rumah Ideal

Salah satu tips penitng juga adalah pemilihan rumah yang sesuai. Elakkan memilih rumah yang mahal walaupun anda berkemampuan. Ini kerana anda boleh membeli rumah melebihi satu dan dijadikan pelaburan dengan menyewakannya untuk rumah kedua ataupun ketiga.

Anda dinasihatkan untuk memperuntukkan ansuran bulanan rumah tidak lebih dari satu pertiga (1/3) dari pendapatan isi rumah. Sebagai contoh, pendapatan anda bersama pasangan berjumlah RM9000, maka pembayaran rumah tidak digalakkan melebihi RM3000.

Anda juga boleh menggunakan kaedah DSR (Debt Service Ratio) untuk mengetahui kelayakan nilai rumah yang sesuai untuk anda. DSR ini telah ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Sekiranya dengan DSR jumlah anda tidak melebihi 70% kebarangkalian mudah untuk mendapat kelulusan pinjaman dari bank.

Tidak Terpedaya Dengan Cash Rebate

Lakukan sedikit kaji selidik terlebih dahulu. Sememangnya “cash rebate” mengujakan bagi kebanyakan orang.

Ini kerana kesemua kos berkenaan sudah dimasukkan di dalam harga rumah. Penggunaan “cash rebate” hanyalah untuk tarikan semata-mata.

Kos Tambahan Hartanah Strata

Jika anda hendak membeli rumah seperti apartmen atau kondominium, pastikan anda mengambil kira kos selenggara kemudahan dan bangunan atau kos insurans yang perlu dimasukkan dalam kiraan komitmen anda.

Pemilihan Lokasi Rumah

Apabila anda hendak memilih lokasi rumah, anda perlu menitikberatkan dari segi beberapa aspek. Antaranya ialah, kemudahan sekeliling seperti lokasi yang strategik berdekatan dengan kedai atau pusat membeli belah, sekolah, pejabat dan lain-lain.

Anda juga boleh memilih lokasi rumah yang mudah di akses / ke laluan utama seperti ke bandar, lapangan terbang, dan lain-lain kemudahan. Ini kerana ada dikalangan kita tidak gemar untuk tinggal di tengah bandar, oleh sebab itu anda boleh memilih kawasan luar bandar tetapi berdekatan dengan lebuh raya agar mudah akses.

Seterusnya ialah pemilihan kawasan yang bebas banjir, kawasan selamat dari kecurian atau rompakan dan perkara-perkara buruk yang lain. Mungkin anda boleh memilih kawasan yang mempunyai sistem keselamatan yang baik dan kejiranan kediaman yang baik serta selamat.

Anda digalakkan meninjau dahulu persekitaran kediaman yang bakal dibeli untuk memastikan keselesaan dan keselamatan anda.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini