25.4 C
Malaysia
Sunday, June 26, 2022

Bagaimana Bermula Dan Terma Asas Dalam Dagangan – Bahagian 1

Mesti Baca

Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Berikut adalah perkara yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang mahu memulakan dagangan dalam bidang ini serta terma-terma asas yang perlu di ketahui oleh setiap pedagang.

Untuk melakukan dagangan, setiap individu perlu mempunyai akaun dagangan dengan pihak broker.

Broker

Broker merujuk kepada syarikat yang menjadi perantaraan apabila seseorang pedagang mahu melakukan transaksi jual beli matawang. Transaksi dagangan yang di buka oleh pedagang akan di salurkan ke pasaran yang lebih besar yang dikenali sebagai liquidity provider (LP) melalui broker yang di pilih oleh pedagang.

Pihak broker biasanya mempunya ibu pejabat di negara di mana lesen mereka di keluarkan dan juga pejabat-pejabat pemasaran dan operasi di negara-negara yang mempunyai bilangan pelanggan yang ramai.

Setiap pedagang yang mahu melakukan dagangan melalui broker pilihan mereka perlu membuka akaun dagangan dengan broker tersebut.

Akaun Dagangan

Terdapat 2 pilihan platform dagangan yang popular iaitu Meta Trader 4 dan Meta Trader 5 yang disediakan secara percuma oleh setiap broker. Bagi menggunakan platform dagangan ini, individu perlu membuka akaun dagangan pihak broker. Buat masa ini, hanya individu berumur 18 tahun keatas sahaja yang di benarkan untuk membuka akaun dagangan ini.

Akaun dagangan ini akan memaparkan semua transaksi yang di jalankan bermula dari deposit modal dagangan, jenis-jenis dagangan yang di jalankan serta untung rugi dan pengeluaran.

Bagi membuka akaun dagangan ini, setiap individu perlu memuat naik 2 dokumen peribadi bagi tujuan pihak broker membuat semakan dan pengesahan. Dokumen yang diperlukan untuk “proof of idendity” ialah kad pengenalan atau passport manakala untuk “proof of residence” ialah bil utiliti, penyata bank atau lesen memandu. Dokumen-dokumen ini di kenali sebagai KYC (Know Your Customer)

Setelah pengesahan di buat, pedagang sudah boleh memulakan dagangan dengan melakukan deposit ke pihak broker secara terus atau melalui syarikat yang telah di lantik oleh pihak broker untuk menerima deposit pedagang.

Deposit

Deposit adalah merujuk kepada modal yang akan digunakan untuk berdagang di platform yang di pilih. Pedagang di sarankan hanya membuat deposit dengan jumlah yang sanggup di terima andainya berlaku kerugian kerana dagangan dalam mana-mana “Financial Instrument” adalah sangat berisiko. Pedagang yang bermula dengan modal yang kecil sebaiknya memilih jenis akaun yang bersesuaian untuk bermula bagi mencari pengalaman dan memahami selok belok di dalam bidang ini.

Terdapat beberapa pilihan jenis akaun yang di tawarkan oleh pihak broker iaitu Akaun Standard, Akaun Micro dan Akaun Sen.

Akaun Standard ialah yang paling popular di kalangan pedagang. Saiz Kontrak untuk akaun jenis ini ialah 100,000 bagi setiap lot.

Manakala akaun mikro pula saiz kontraknya ialah 10,000 bagi setiap lot dagangan.

Akaun sen adalah akaun yang popular di kalangan pengguna Expert Advisor dan saiz kontraknya ialah 1000.

Bagi pedagang baru, sebaiknya bermula dengan akaun sen kerana anda tidak perlu membuat deposit yang besar serta dapat mula membuka posisi dagangan dengan lot yang sangat kecil yang mana ini akan membantu dalam kawalan kewangan.

Setelah pedagang mahir dan konsisten dalam dagangan, mereka boleh cuba menggunakan akaun jenis mikro dan seterusnya akaun jenis standard.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini