33.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Pengiraan Keuntungan atau Kerugian

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Apabila seseorang pedagang menjalankan aktiviti dagangan, mereka berpotensi untuk menghasilkan keuntungan atau kerugian bergantung kepada posisi yang di buka dan pergerakan pasaran.

Dagangan matawang dapat dijalankan secara dua hala sama ada membeli atau menjual. Ini berbeza dengan alatan kewangan lain seperti saham yang hanya aktiviti dagangan secara sehala sahaja iaitu membeli ketika harganya murah dan menutup posisi apabila berlaku kenaikan harga saham tersebut.

Keuntungan atau kerugian kepada seseorang pedagang matawang itu terhasil dari kenaikan atau penurunan sesuatu matawang. Kenaikan atau penurunan ini di panggil PIP atau Point.

Sebagai contoh carta di bawah apabila harga bergerak dari 1.31200 ke 1.31700 pergerakannya ialah sebanyak 50 pip atau 500 point.

1.31700 – 1.31200 = 0.0050

0.0050 x  10,000 = 50 Pip

0.0050 x 100,000 = 500 Point

Setiap 10 point = 1 Pip

Perbezaan ini akan menentukan sama ada pedagang dapat membuat keuntungan atau kerugian berdasarkan posisi yang di buka.

Sekiranya pedagang membuka posisi buy di harga 1.31200 dan menutup posisi di harga 1.31700, keuntungan sebanyak 50 pip atau 500 point telah dihasilkan. Ini belum termasuk spread yang dikenakan oleh pihak broker.

Sebaliknya jika pedagang membuka posisi sell di harga 1.31200 dan menutup posisi di harga 1.31700, maka yang terhasil ialah kerugian sebanyak 50 pip atau 500 point (tidak termasuk spread).

Contoh-contoh diatas adalah untuk pasangan matawang yang tidak melibatkan Yen. Untuk matawang yang melibatkan Yen, terdapat sedikit perbezaan pengiraan.

Apabila harga bergerak dari 155.500 ke 157.000, pergerakan yang berlaku ialah sebanyak 150 pip atau 1500 point.

157.000 – 155.500 = 1.500

1.500 x 100 = 150 pip

1.500 x 1000 = 1500 point

10 point = 1 pip

Sekiranya pedagang membuka posisi buy di harga 155.500 dan menutup posisi dagangan pada harga 157.000, keuntungan sebanyak 150 pip atau 1500 point telah di hasilkan. Ini belum termasuk spread yang dikenakan oleh pihak broker.

Sebaliknya jika pedagang membuka posisi sell di harga 155.500 dan menutup posisi di harga 157.000, maka yang terhasil ialah kerugian sebanyak 150 pip atau 1500 point (tidak termasuk spread).

Pedagang matawang juga boleh menjalakan aktiviti menjual pada harga tinggi dan menutup posisi apabila harga menurun.

Apabila harga bergerak dari 156.600 ke 155.500, pergerakan yang berlaku ialah sebanyak 110 pip atau 1100 point.

156.600 – 155.500 = 1.100

1.100 x 100 = 110 pip

1.100 x 1000 = 1100 point

10 point = 1 pip

Contoh-contoh diatas adalah bagaimana pergerakan harga menentukan sama ada seorang pedagang dapat menjana keuntungan atau kerugian dalam nilaian pip atau point. Jumlah keuntungan atau kerugian dalam bentuk nilai wang pula bergantung kepada kaedah pengiraan dalam artikel akan datang kerana terdapat berbezaan pengiraan untuk setiap kategori pasangan matawang yang boleh di pecahkan kepada 3 kategori.

  1. Direct rate
  2. Indirect Rate
  3. Cross Rate

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini