23.1 C
Malaysia
Wednesday, April 24, 2024

Strategi Dagangan (Swing Trading)

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Sambungan daripada artikel sebelum ini – Strategi dagangan (Intraday Trading)

Swing Trading

Swing trading merujuk kepada kaedah dagangan di mana posisi dagangan dibuka untuk satu tempoh yang agak lama antara beberapa hari hingga beberapa minggu tetapi ada kemungkinan dagangan dapat di tutup dalam beberapa jam apabila berlakunya pergerakan besar di sebabkan oleh sentiment semasa atau “News Release”.

Pedagang biasanya mensasarkan antara 100 hingga 300 pip dengan risiko antara 50 hingga 150 pip bergantung kepada pasangan matawang yang didagangkan. Sasaran ini berdasarkan 30% hingga 40% dari pergerakan mingguan atau bulanan suatu pasangan matawang.

Untuk setiap pasangan matawang, kekerapan set up terbentuk tidak menentu tetapi kebiasaannya antara 2 hingga 5 set up sebulan bergantung kepada time frame mana yang digunakan. Set up biasanya di lihat di time frame antara H4 dan Daily.

Kaedah dagangan ini biasanya boleh dijalankan sama ada sewaktu pasaran agak perlahan mahupun aktif kerana pedagang biasanya tidak akan memerhatikan dagangan yang dibuat sepanjang masa. Biasanya pemerhatian berkala sehari sekali boleh di buat untuk strategi dagangan jenis ini.

Kaedah dagangan intraday boleh di jalankan sama ada menggunakan naked chart mahupun indikator. Rajah di bawah menunjukan dagangan di jalankan hanya dengan menggunakan candle stick (naked) sebagai strategi dagangan di time frame daily.

Dalam gamba rajah diatas di time frame daily, set up adalah berdasarkan kepada kaedah “Engulfing Candle” dimana candle yang terbaru telah engulf atau menelan candle sebelumnya. Apabila set up ini telah wujud, pedagang biasanya boleh menggunakan Fibonacci untuk mengenal pasti dimana entry akan di lakukan dan juga dimana “profit target”.

Dalam contoh diatas, Bullish Engulfing menandakan kemungkinan besar pasaran akan bergerak keatas jadi pedagang boleh menumpukan kepada posisi “buy”.

Kebiasaannya harga akan berpatah balik (retracement), dan disini tool Fibonacci digunakan untuk membuat anggaran setakat mana harga akan berpatah balik sebelum meneruskan perjalannya keatas. Paras 50% Fibonacci di jadikan sebagai aras dimana entry akan di lakukan. Untuk tujuan ini, pedagang boleh membuka “pending order” “buy limit” di paras 50% Fibonacci retracement.

Paras –1.75% dijadikan sebagai stop loss dan paras 161.8% sebagai “take profit”.

Kenapa perlu adanya “stop loss”? Setiap setup atau SOP dagangan yang digunakan adalah bersifat kebarangkalian, jadi ada kemungkinan harga tidak bergerak kearah yang kita kehendaki. Bila berlaku keadaan ini, kerugian akan berlaku namun jumlah kerugian hanya sekadar yang telah kita tetapkan.

Kenapa swing trader tidak digalakkan untuk memerhatikan pasaran terlalu kerap?

Kebiasaaanya set up untuk swing ini akan mengambil masa sama ada untuk mebuka order ataupun untuk mencapai harga take profit atau stop loss. Dalam contoh diatas, order dibuka pada hari yang sama tetapi mengambil masa sehingga 3 hari untuk mencapai harga “take profit”. Boleh dikatakan ini agak cepat.

Lihat contoh di bawah, 4 hari diperlukan sebelum harga mencecah harga pending order buy dan mengambil masa selama 16 hari untuk sampai ke harga “take profit”. Jadi keseluruhannya mengambil masa 20 hari dari permulaan set up terbentuk. Pastinya akan menjadi satu tekanan untuk pedagang yang cuba untuk memerhatikan pergerakan pasaran dalam sela masa yang singkat.

Disebabkan oleh keadaan ini, pedagang yang mempunyai mindset “investing” adalah lebih sesuai untuk startegi dagangan jenis ini.

Ini sekadar contoh set up yang boleh digunakan dan pastikan anda melakukan backtest atau simulation untuk memastikan statistik sesuatu set up sebelum menggunakannya di akaun sebenar. Besar kemungkinan candle stick pattern ini perlu digabungkan dengan “support & resistance” untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini