22.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Strategi Dagangan (Position Trading)

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Sambungan daripada artikel sebelum ini – Strategi dagangan (Swing Trading)

Position trading merujuk kepada kaedah dagangan di mana posisi dagangan dibuka untuk satu tempoh lebih lama berbanding swing trading iaitu diantara beberapa minggu hingga beberapa bulan.

Pedagang biasanya mensasarkan antara 500 hingga 1500 pip dengan risiko antara 150 hingga 300 pip bergantung kepada pasangan matawang yang didagangkan.

Untuk setiap pasangan matawang, kekerapan set-up terbentuk juga tidak menentu tetapi kebiasaannya antara 2 hingga 5 set-up setahun bergantung kepada time-frame mana yang digunakan. Set-up biasanya di lihat di time-frame antara Daily, Weekly dan Monthly.

Kaedah dagangan ini boleh dijalankan sama ada sewaktu pasaran agak perlahan mahupun aktif kerana pedagang biasanya tidak akan memerhatikan dagangan yang dibuat sepanjang masa. Biasanya pemerhatian berkala  sekali atau dua kali seminggu boleh di buat untuk strategi dagangan jenis ini.

Kaedah dagangan position trading boleh di jalankan sama ada menggunakan naked chart mahupun indikator. Rajah di bawah menunjukan dagangan di jalankan dengan menggunakan indikator iaitu moving average sebagai strategi dagangan di time weekly.

Dalam gambar rajah diatas di time weekly, set-up adalah berdasarkan kepada kaedah breakout dimana candle yang berjaya melepasi 2 moving average di bahagian atas menandakan trend berkemungkinan akan ke atas. Apabila set-up ini telah wujud, pedagang biasanya boleh menggunakan moving average di bahagian bawah untuk mengenal pasti dimana entry akan di lakukan.

Dalam contoh diatas, bull candle breakout moving average di bahagian atas menandakan kemungkinan besar pasaran akan bergerak keatas jadi pedagang boleh menumpukan kepada posisi “buy”.

Kebiasaannya harga akan berpatah balik (retracement), dan moving average di bahagian bawah digunakan untuk membuat anggaran setakat mana harga akan berpatah balik sebelum meneruskan perjalannya keatas. Moving average low boleh di jadikan sebagai aras dimana entry akan di lakukan.

Untuk tujuan ini, pedagang boleh membuka “pending order” dan “buy limit” di moving average low pada setiap hari pertama minggu yang baru bermula. Sekiranya pending order tersebut tidak diaktifkan sehingga penghujung minggu, pelarasan kepada harga yang baru pada minggu berikutnya boleh dilakukan.

Dalam contoh diatas, sebanyak 5 kali perubahan “pending order” terpaksa di lakukan hinggalah order tersebut diaktifkan pada minggu ke lima.

Stop Loss boleh diletakkan 50 pip di bawah moving average low jadi jumlah stop loss dari jarak posisi dagangan dibuka ialah sebanyak +- 150 pip. Untuk sasaran take profit pula, boleh dibuat empat atau lima kali ganda dari jarak stop loss, iaitu 600 pip ke 750 pip.

Kenapa perlu adanya “stop loss”? Setiap set-up atau SOP dagangan yang digunakan adalah bersifat kebarangkalian, jadi ada kemungkinan harga tidak bergerak kearah yang kita kehendaki. Bila berlaku keadaan ini, kerugian akan berlaku namun jumlah kerugian hanya sekadar yang telah kita tetapkan.

Dalam contoh diatas, order mengambil masa 8 minggu sebelum mencapai 600 pip dan minggu berikutnya untuk mencapai 750 pip.

Jika di hitung dari permulaan terbentuknya set-up hingga posisi ditutup, jumlah masa yang diambil ialah 14 minggu. Inilah sebabnya kenapa position trader tidak digalakkan untuk memerhatikan pasaran terlalu kerap?

Disebabkan keadaan ini, pedagang yang mempunyai “mindset investing” adalah lebih sesuai untuk strategi dagangan jenis ini.

Ini sekadar contoh set-up yang boleh digunakan dan pastikan anda melakukan back-test atau simulation untuk memastikan statistik sesuatu set-up sebelum menggunakannya di akaun sebenar.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini