24.7 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Berhenti Kerja Bank Terkemuka, Kini Menjadi Top Dealer Bateriku

Mesti Baca

Pada 19 ogos 2022, Radical telah menjalankan satu liputan khas bersama dua tetamu istimewa iaitu En. Sharul Nizam dan En. Qusyairi Amri di Bandar Botanik, Klang dimana sudi berkongsikan pengalaman bagaimana mereka memulakan perniagaan dalam bidang penjualan bateri kenderaan dengan membuka cawangan pertama mereka, Bateriku.com Bandar Botanik, Klang.

Mereka kini telah berjaya menambah 3 lagi rangkaian cawangan dengan membuka cawangan di Puncak Alam, Semenyih, dan Teluk Panglima Garang dalam tempoh kurang dari 2 tahun usia perniagaan. Menerusi sesi liputan yang telah dijalankan, kami di Radical telah berkesempatan beramah mesra dan juga mengajukan beberapa soalan menarik tentang bagaimana En. Sharul dan En. Qusyairi terdetik untuk mulakan perniagaan ini.

En. Sharul merupakan seorang bekas pengurus bank swasta yang telah berkhidmat selama 25 tahun disalah sebuah institusi perbankan yang terkemuka di Malaysia manakala Encik Qusyairi pula adalah bekas pengurus bank swasta selama 11 tahun dalam pelbagai bidang kewangan termasuk pusat panggilan khidmat pelanggan. Setelah bertahun lamanya berkhidmat dan penglibatan dalam urusan perbankan serta perniagaan, En. Sharul telah terdetik untuk mulakan perniagaan sendiri dan telah menyatakan hasrat kepada sahabat baik beliau, En. Qusyairi.

En. Sharul telah berkongsikan cerita bagaimana En. Qusyairi telah mencadangkan untuk beliau memulakan perniagaan sendiri dengan menjual bateri kenderaan. Hasil sokongan dari keluarga tercinta serta rakan-rakan, kedua-dua individu ini telah mengambil keputusan untuk bersara awal dari kerjaya mereka dan menubuhkan satu syarikat semasa negara pada ketika itu di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disebabkan oleh penularan wabak Coronavirus yang tidak terkawal.

Usaha yang berterusan tanpa putus asa serta komited terhadap bidang yang diceburi, kedua-dua usahawan ini telah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh menerajui perniagaan di saat yang getir pada Ketika negara sedang bergelut dengan ketidakstabilan ekonomi dan pandemik. Antara perkongsian input perniagaan mereka apabila ditanya berapakah modal permulaan bagi mereka mulakan perniagaan menjual bateri pada awalnya, Qusyairi membalas bahawa beliau dan rakan kongsinya telah membelanjakan secara kasar dalam anggaran RM 60,000 sehingga RM 70,000 sebagai modal permulaan untuk memulakan perniagaan ini. Beliau juga berkata, mereka turut menambah modal tambahan selepas perniagaan mereka semakin berkembang dan untuk menampung permintaan pelanggan yang semakin meningkat. Shahrul juga telah berkongsi bahawa dengan hasil sokongan yang kuat dari kalangan rakan-rakan beliau telah mendorong beliau untuk memulakan perniagaan ini tanpa ragu walaupun ketika itu negara telah dilanda wabak koronavirus. Turut dipetik, isteri tercinta beliau juga turut menyuntik semangat beliau untuk memulakan perniagaan ini. Dapat dilihat disini, dengan sokongan moral yang kuat oleh keluarga dan rakan-rakan, beliau dan rakan konsinya berjaya membuka cawangan pertama Bateriku di Bandar Botanik Klang.

Antara harapan yang diutarakan terutama kepada mereka yang baru sahaja ingin mulakan bisnes adalah agar mereka diluar sana yakin terhadap diri sendiri dan fokus ketika ingin memulakan perniagaan. Liputan istimewa yang melibatkan CEO dan COO syarikat tempatan yang berjaya ini telah membuktikan bahawa dengan adanya keyakinan terhadap diri sendiri serta sokongan yang kuat dari individu sekeliling dapat mendorong seseorang untuk berjaya.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini