24.7 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

PayBolt : Gerbang Pembayaran Masa Hadapan

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

PayBolt merupakan sebuah projek gerbang pembayaran (payment gateway) kripto Web3 yang beroperasi untuk mengubah pendekatan kepada perdagangan.

Di dalam ekosistem mereka telah dilengkapi dengan dompet mudah alih yang tersedia pada iOS dan Android. Selain itu, dalam ekosistem ini turut menyediakan portal pembayaran perdagangan, terminal tempat jualan (Point Of Sale terminals) dan Plugins e-dagang.

Gerbang pembayaran ini dicipta bertujuan untuk merapatkan lagi pelanggan yang ingin membelanjakan atau melakukan perniagaan yang menggunakan kripto sebagai pembayaran dengan berkesan dan mudah diterima.

Misi Paybolt adalah untuk mencapai $10 bilion jumlah urus niaga menjelang akhir 2025. Walaupun jumlah ini kedengaran besar namun ianya hanya sebahagian kecil jika dibandingkan dengan PayPal yang memperoleh sekitar $ 311 bilion pada suku kedua 2021.

PayBolt juga berusaha merealisasikan penggunaan sistem pembayaran yang menggunakan kripto ini kerana ianya dilihat sebagai sistem pemindahan nilai yang terbaik di dunia Web3 dan pada masa hadapan. Selain itu, PayBolt juga bakal menjadi gerbang pembayaran masa hadapan bagi menggantikan sistem pembayaran fiat yang sedia ada.

Pasukan PayBolt berusaha untuk membina ekosistem pembayaran ini yang memenuhi kelayakan kelajuan terjemahan yang pantas (fast translation), mempunyai keselamatan yang tinggi dan menyediakan ganjaran yang mencukupi.

Untuk memastikan setiap urus niaga berlaku dengan pantas dan menjimatkan kos, PayBolt telah menggunakan Polygon (MATIC). Polygon PoS (Proof-of-Stake) merupakan penyelesaian penskalaan lapisan 2 yang mencapai kelajuan transaksi dan menjimatkan kos dengan menggunakan rantaian sisi untuk memproses transaksi. Pada masa yang sama, ianya turut memastikan keselamatan aset dengan menggunakan rangka kerja penyambungan plasma dan rangkaian pengesahan Proof-of-Stake (PoS) yang terdesentralisasi (decentralised).

Kini terdapat banyak tempat di seluruh dunia telah mendapat manfaat daripada kaedah pembayaran alternatif menggunakan kripto ini yang lebih selamat, pantas dan murah.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini