33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Kepentingan Pemasaran Yang Ramai Terlepas Pandang

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Pemasaran merupakan langkah yang digunakan untuk memperkenalkan servis atau produk kepada orang ramai dan difokuskan kepada prospek yang berminat.

Strategi pemasaran yang efektif dan pengurusan yang sistematik akan menjadi asas utama untuk memastikan sesebuah syarikat itu terus berkembang.

Teknik pemasaran yang berkesan juga bakal menjamin penjualan untuk sesebuah syarikat.

Anda merancang untuk berniaga? Ini 4 sebab mengapa pentingnya pemasaran dalam perniagaan.

1. Membolehkan prospek mengenal produk anda

Cara yang mudah untuk orang ramai mengenali produk atau servis anda adalah dengan pemasaran. Perniagaan tanpa pemasaran boleh diibaratkan seperti manusia tanpa nama.

Oleh itu, pentingnya sesebuah perniagaan untuk mengambil berat tentang strategi pemasaran bagi mewujudkan kesedaran terhadap produk yang dikeluarkan sekaligus menarik perhatian prospek yang berminat.

2. Meningkatkan penjualan sesebuah syarikat

Melalui kempen pemasaran pastinya peningkatan penjualan yang diharapkan untuk sesebuah syarikat. Anda juga perlu memantapkan kemahiran penjualan untuk menukarkan prospek yang berminat kepada pelanggan yang membeli produk anda.

Pastikan anda menyusun gaya pemasaran yang efektif terlebih dahulu sebelum mensasarkan iklan untuk meningkatkan brand awareness untuk produk atau servis yang anda jual.

3. Meningkatkan reputasi syarikat

Pengiklanan yang baik dan berkualiti mampu menarik perhatian orang ramai dan sekaligus memudahkan orang ramai mengingati produk atau servis yang anda jual.

Dengan cara ini juga mampu menaikkan reputasi dan memberikan nama yang baik untuk syarikat dan secara tidak langsung meningkatkan penjualan dalam sesebuah syarikat.

Anda juga berpeluang meningkatkan reputasi syarikat dengan menghadiri seminar bagi memperkenalkan imej perniagaan anda kepada orang ramai.

4. Persaingan yang sihat antara syarikat

Pemasaran yang berkesan akan meningkatkan potensi pembeli produk tersebut dan sekaligus meningkatkan penjualan produk dalam industri tersebut.

Syarikat juga akan lebih bebas dan terbuka dalam menawarkan USP atau Unique Selling Point kepada pelanggan. Sebagai contoh perbezaan harga, kualiti servis, free gift dan banyak lagi.

Dengan adanya persaingan seperti ini, anda telah memberi pilihan kepada prospek untuk mendapatkan pelbagai pilihan yang lain dan sesuai mengikut kehendak prospek.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini