33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Dari Pekan ke Kajang, Datuk Seri Najib Razak “Bossku” kecundang di muka keadilan

Mesti Baca

Setelah mendengar hujahan dan permohonan rayuan yang bermula sejak minggu lalu oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah sebulat suara untuk mengekalkan sabitan kesalahan yang dikenakan kepada Ahli Parlimen Pekan itu. Ini berlaku selepas Makhamah Persekutuan menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk Tun Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan terakhirnya.

23 Ogos 2023: sabitan kesalahan yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Razak akan dikekalkan. Beliau akan menerima hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Datuk Seri Najib Razak merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang dipenjarakan selepas rayuan terakhirnya ditolak oleh Makhamah Persektuan. Keputusan itu merupakan detik penting dalam usaha selama bertahun-tahun oleh aktivis anti-rasuah untuk membawa beliau ke muka pengadilan dan mereka yang bertanggungjawab terhadap rompakan 1MDB, yang diasaskan dan dikawal oleh Najib semasa menjadi perdana menteri dari 2009 hingga 2018. Dengan keputusan makhamah ini, Najib juga akan kehilangan peranannya sebagai Ahli Parlimen Pekan.

Najib telah dibawa ke Penjara Kajang lewat petang semalam berikutan keputusan mahkamah tertinggi. Menurut jabatan penjara, tidak akan ada layanan istimewa yang diberikan kepada Najib, sambil menegaskan bahawa semua banduan akan dilayan sama berikutan komen yang diberi oleh pengguna-pengguna sosial media. Dakwaan mengenai layanan keutamaan terhadap banduan yang “berhubungan baik” bukanlah perkara baru kerana terdapat laporan mengenai layanan sedemikian diberikan kepada beberapa banduan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini