24.7 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Terlalu Emosi Punca Pelaburan Rugi?

Mesti Baca

Apakah definisi  psikologi emosi dalam dunia pelaburan? Psikologi ialah komponen asas emosi dalam proses pembuatan keputusan oleh pelabur yang boleh membantu menjelaskan mengapa sebahagian keputusan kelihatan lebih rasional daripada yang lain. Malah, psikologi pelaburan yang tidak stabil telah dicirikan sebagai hasil dari pengaruh perasaan sifat tamak dan ketakutan. 

Sifat tamak mendorong keputusan yang terlalu berisiko. Sementara itu, kewangan tingkah laku, atau lebih tepatnya ekonomi tingkah laku, seperti yang biasanya dirujuk, adalah kajian tingkah laku kognitif, emosi, budaya dan sosial individu dan institusi dalam kesannya terhadap ekonomi klasik. Kewujudan psikologi pelaburan tidak bertujuan untuk menjadi sebahagian dari percubaan klinikal sebaliknya, ia bertujuan untuk membantu individu mengenali emosi dan naluri sendiri.

Menurut Cole, Walter, & Bruch, (2008) Emosi dikatakan merupakan satu perasaan yang boleh menjadi positif ataupun negatif, bergantung kepada individu dalam mengendalikan perasaan tersendiri. Di dalam dunia pelaburan emosi dikatakan merupakan salah satu faktor penting untuk diutamakan sebelum memulakan langkah seterusnya. Emosi merupakan suatu elemen yang boleh mempengaruhi individu lain seperti di tempat kerja. Terdapat elemen emosi positif dan negatif, dan kedua-duanya boleh membantu dalam memotivasikan kita untuk bekerja lebih keras atau menjadikan seseorang individu tidak stabil dan lemah. Emosi sebenarnya mudah dibentuk namun ia juga boleh menular menghasilkan elemen positif atau negatif bergantung kepada diri individu.

Terdapat pelbagai cara yang boleh di usaha bagi mencapai kestabilan emosi terutama ketika individu terlibat di dalam dunia pelaburan yang semakin maju di ambang globalisasi terkini. Antara usaha yang boleh diterapkan adalah, 

  1. Practice! Mengawal emosi ketika memulakan pelaburan

Adalah menjadi satu kebiasaan dan norma sebelum memulakan satu pelaburan, perasaan takut, sedih dan gementar mungkin muncul di dalam diri individu ketika memulakan satu proses pekerjaan yang merumitkan ataupun sukar. Ini telah menimbulkan pelbagai emosi yang serentak dan pelbagai di dalam diri individu. 

Adakah perasaan ini membahayakan jika ia tidak terkawal? Ya. Oleh itu, sebagai contoh, pelatih olimpik telah menggunakan teknik latihan kawalan emosi ini sebelum memulakan acara sukan yang disertainya. Atlet Olimpik berlatih untuk dengan merangsang otak mereka bagi mempercayai bahawa mereka baru sahaja menjalankan perlumbaan.Ini dilakukan bagi mengalami mood yang berbeza berbanding apa yang dirasakan sekarang. Dengan menyediakan diri anda dengan rangsangan  kebahagiaan atau kesedihan, anda boleh mencipta perasaan tersebut dan ini akan menghasilkan perasaan yang positif bagi individu bagi meneruskan aktiviti seterusnya di dalam dunia pelaburan. 

  1. Mulakan hari dengan full course meal!

Ramai yang masih belum mengetahui fakta dimana makanan juga boleh mempengaruhi emosi individu di dalam kehidupan seharian. Sifat sesetengah masyarakat yang tidak mengambil berat dalam pengambilan diet yang betul dalam kehidupan harian akan mempengaruhi minda serta emosi individu tersebut. Ini kerana, dengan pengambilan diet yang betul, individu boleh mengelak pelbagai penyakit berbahaya pada masa hadapan seperti tekanan darah yang tidak stabil, kebimbangan dan juga membendung otak dari menghasilkan hormon kortisol yang berlebihan dimana ia akan menjadikan individu merasa bimbang yang melampau dan juga stress. 

Antara full course meal iaitu makan pagi, makan tengah hari dan makan malam serta supper yang dicadangkan adalah, pengambilan diet yang mengandungi protein, sayur-sayuran dan buah yang sihat. 

Pelbagai kebaikan yang dapat diperolehi dengan memperbaiki pengambilan diet harian, antaranya adalah dapat membekalkan zat dan nutrien yang mencukupi dan mengurangkan risiko menghadapi penyakit. Ini dapat menyumbang kesihatan mental yang sangat stabil di dalam diri individu terutama yang terlibat dalam bidang pelaburan dimana industri yang mencabar ini memerlukan individu yang kuat dan sihat mental bagi menjayakan aktiviti pelaburan pada masa akan datang. 

  1. Mengawal jangkaan kepada diri sendiri! 

Adakah anda pernah dikatakan terlalu kasar dan tidak memikirkan diri sendiri? Kebanyakan individu tidak menyedari bahawa faktor-faktor luaran hanya mampu membantu diri mereka pada tahap tertentu sahaja, namun hanya diri seseorang individu sendiri yang boleh membantu mereka berjaya di dalam kehidupan yang penuh cabaran ini. 

Emosi dibuktikan mempunyai pengaruh psikologi yang kuat terhadap tingkah laku individu, namun jangkaan mempunyai keupayaan untuk mengubah hala tuju individu dan mendorong emosi tersebut ke arah yang lebih bermanfaat.

Individu harus mahir mengendalikan jangkaan terhadap diri sendiri, Mengenal pasti dan peka terhadap perasaan diri sendiri adalah apa yang dimaksudkan dengan mengawal jangkaan serta perasaan tersendiri. Jika individu mempunyai jangkaan yang tidak masuk akal terhadap diri sendiri, lambat laun jangkaan ini akan memakan diri jika tidak dikawal dengan perasaan positif kerana jangkaan yang tinggi akan mengurangkan motivasi diri jika tidak tercapai. 

Dengan menggunakan kaedah the old rules adalah satu teknik yang digunakan semenjak terdahulu bagi mengawal emosi yang dirasakan ketika itu. Slogan atau ayat motivasi dicipta sendiri oleh individu dimana ia meningkatkan motivasi serta menjadi satu larangan kepada diri sendiri, sebagai contoh, : 

‘’Big girls dont cry”

“Learn to rest not quit”

“ Be better not sorry”

Ayat-ayat sebegini sering dipandang serong oleh masyarakat atas kontroversi maksudnya yang menunjukkan seolah-olah perasaan yang dialami adalah tidak benar. Namun jika dilihat dari sudut positif, minda manusia yang sangat menarik ini adalah cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling serta pikiran dalaman yang sering timbul di dalam diri individu. Dengan menyenaraikan slogan yang menghalang jangkaan yang berlebihan dan tidak masuk akal, ini dapat membantu individu menjadi lebih rasional dan tidak stress dalam melakukan pekerjaan. 

KESIMPULAN 

Emosi memainkan peranan yang sangat penting di dalam kehidupan harian individu, bagi mereka yang terlibat dengan dunia pelaburan, kestabilan emosi dan kesihatan diri haruslah dititikberatkan dan tidak pandang remeh kerana emosi yang stabil akan membawa individu menelusuri jalan kehidupan yang lebih produktif dan sihat terutama ketika berada di alam pekerjaan yang rumit dan mencabar pada zaman kini. Adakah emosi anda cukup stabil dalam dunia pelaburan ini?    

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini