33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Queen Elizabeth II Mangkat : Tamatnya Pemerintahan 70 Tahun Sebagai Raja British

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

London – Ratu Elizabeth II dilaporkan telah menghembus nafasnya yang terakhir pada umur 96 tahun di Balmoral Castle, Scotland pada 8 september (khamis) tengah hari semalam.

Ratu telah di tabalkan sebagai Raja British pada tahun 1952 dan telah memerintah selama 70 tahun sekaligus menjadi raja yang paling lama memerintah British. Sepanjang pemerintahannya, Ratu Elizabeth telah menyaksikan banyak perubahan sosial yang besar di semua jajahan takluk kerajaannya.

“Kematian ibu tercinta, Yang Mulia Permaisuri merupakan saat yang paling menyedihkan bagi saya dan semua ahli keluarga saya”, kata raja baharu, anak sulungnya, Charles.

Raja baharu itu turut menambah “Saya tahu pemergiannya akan sangat dirasai di seluruh negara, alam dan komanwel, dan oleh orang ramai di seluruh dunia”.

Rakyat Britain mula membanjiri ruang luar Istana Buckingham di tengah london selepas mendengar berita kemangkatan Ratu Elizabeth. Keadaan menjadi senyap apabila bendera diturunkan separuh tiang sebagai tanda berkabung atas kematian Ratu Elizabeth.

Charles diangkat menjadi raja di United Kingdom dan ketua negara bagi 14 alam lain termasuk Australia, Kanada dan New zealand secara automatik selepas berita kemangkatan Ratu Elizabeth. Beliau turut dilaporkan akan melawat semua negara di United Kingdm dalam beberapa hari akan datang.

Berita kemangkatan Ratu Elizabeth menjadi satu kejutan kepada seluruh dunia dan kehilangan besar untuk pemerintahan di United Kingdom. Adakah berita kemangkatan Ratu Elizabeth ini turut memberi kesan terhadap pasaran Britain sendiri dan pasaran dunia? Sama-sama kita nantikan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini