33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Elon Musk CEO Twitter: Harga Dogecoin Ke Bulan

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Berita mengenai Twitter dibeli oleh Elon Musk banyak terpapar di pelbagai media. 

Sebagai manusia yang dinobatkan sebagai insan yang terkaya didunia, langkah beliau dalam dunia perniagaan terus diperkatakan,malah segala tindak tanduk beliau akan menjadi bualan ramai orang dan pelbagai spekulasi akan berputar.

Ini tidak terkecuali juga dengan spekulasi membabitkan pasaran matawang kripto dimana terdapat beberapa matawang kripto yang menunjukkan kenaikan mendadak sejajar dengan berita pembelian Twitter ini.

1. Dogecoin

Bagi komuniti Dogecoin, ini boleh dikatakan sebagai kripto kesukaan Elon Musk, mencatatkan harga 0.056 Us dollar pada 25 Oktober dan kini telah memperlihatkan kenaikan melebihi 100% pada paras harga 0.151 Us dollar hari ini. Kenaikan ini juga disebabkan spekulasi bahawa kripto Dogecoin akan menjadi salah satu ekosistem pembayaran/penggunaan di aplikasi Twitter kelak.

2. Mask Network

Projek Mask Network(Mask) ini turun mencatatkan kenaikan berganda dengan kadar 0.97 Us dollar pada 25 Oktober 2022 dan melonjak hingga kadar harga 3.03 Us dollar pada 29 Oktober 2022. Mask ini melonjak naik kesan daripada pengkhususan mereka yang menawarkan ciri Initial Twitter Offering (ITO), dimana para pembangun projek kripto boleh mengusahakan untuk mendapatkan dana secara terus dari pengguna Twitter menggunakan aplikasi Twitter itu sendiri.

3. Dogelon Mars

Merupakan memecoin yang meggabungkan nama Elon, kripto dogecoin dan juga perjalanan yang sangat jauh iaitu ke planet Marikh. Walaupun kripto ini banyak dikritik kerana tiada fungsi jelas, ia tetap bertahan di kala pasaran matawang kripto kini merudum hasil dari komuniti yang berdiri teguh mengharapkan kripto ini boleh memberikan keuntungan berganda. Kripto ini mencatatkan kenaikan melebihi 100% pada paras 0.00000024 Us dollar melonjak ke 0.00000054 Us dollar sejak berita Twitter dibeli oleh Elon Musk.

Seorang Youtubers popular bernama Pablo Heman telah mengjangkakan akan berlaku kenaikan harga pada kripto Dogecoin atau kripto Shiba Inu pada April 2022 apabila timbul spekulasi awal berkenaan Elon Musk ingin membeli Twitter, namun  kenaikan hanya berlaku pada masa sekarang setelah pembelian Twitter termeterai secara rasmi. Beliau juga ada menyatakan, Dogelon Mars mungkin mengikut jejak langkah salah Dogecoin atau Shiba Inu dan nampaknya jangkaan Pablo Heman telah menjadi kenyataan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini