33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Strategi Pemasaran

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Strategi pemasaran sangat penting dalam menentukan sama ada pemasaran yang dijalankan berjaya atau gagal. Pemasaran yang gagal boleh menyebabkan peniaga tersebut mengalami kerugian dari segi kos pemasaran dan masa.

Namun masih tidak terlambat untuk anda merangka strategi pemasaran yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan lebih banyak engagement terhadap produk anda.

Terdapat banyak strategi pemasaran yang anda boleh cuba di platform media sosial yang percuma dan berkesan.

Gunakan Instagram untuk branding awareness

Instagram merupakan platform yang sesuai untuk anda membina imej untuk produk anda. Gambar dan video yang menarik mampu meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap produk anda.

Ciri istimewa seperti IG Story dan IG TV merupakan dua medium yang sesuai untuk meningkatkan brand awareness kepada orang ramai. Anda boleh membuat post berkaitan tips atau cara di medium ini untuk meningkatkan lagi engagement prospek terhadap produk anda.

Tips yang anda boleh cuba untuk memantapkan akaun Instagram Business anda :

  • Tukar akaun personal anda ke akaun Business.
  • Isikan description yang singkat dan jelas.
  • Letakkan link kedai online anda di Bio.
  • Masukkan branded Hashtag.
  • Posting content secara konsisten.
  • Like / komen pada gambar atau video.
  • Gunakan sekurang-kurangnya 15 hashtag.
Sumber Gambar : Pexels

Gunakan content marketing untuk menjual secara “Soft Sell

Content Marketing merupakan startegi pemasaran yang menggunakan info yang relevan dan bermanfaat untuk menarik perhatian pelanggan sekaligus menjadi pelanggan yang setia atau pelanggan baru anda.

Strategi content marketing :

  • Mengenal pasti siapa target audience anda.
  • Gunakan pelbagai jenis content – video, blog, podcast, emel dan lain-lain lagi.
  • Kongsi tips atau cara yang berkait rapat dengan perniagaan dan target audience anda.
  • Gunakan bahasa yang bersesuaian dengan target audience anda.

Media sosial sebagai platform membina jenama peribadi

Membina jenama peribadi adalah sangat penting dalam perniagaan kerana dengan jenama peribadi yang baik mampu meningkatkan kepercayaan prospek terhadap produk dan perniagaan anda.

Pada masa kini, media sosial merupakan platform yang paling relevan untuk membina jenama peribadi.

Tips yang anda boleh cuba untuk membina jenama peribadi di media sosial:

  • Jadi diri sendiri dan jangan berpura-pura menjadi orang lain.
  • Konsisten dalam membuat posting content yang bersesuaian dengan produk dan perniagaan anda.
  • Kongsi pengalaman diri.
  • Kongsi foto atau video yang menarik dan berkualiti.
  • Bina komuniti dan networking dengan target audience anda.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini