33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Do Kwon :” Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kejatuhan projek Terra”

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Terra, Do Kwon telah memecah kesunyian melalui wawancara baru-baru ini dan fokus wawancara ini, melibatkan perihal kejatuhan stablecoin TerraUSD (UST) dan LUNA yang melibatkan kerugian berjumlah hampir 45 bilion USD. Namun komuniti kripto menunjukkan pelbagai jenis sentimen terhadap Do Kwon berdasarkan wawancara tersebut.

Biarpun Kwon seolah-olah mencuba untuk membersihkan namanya dengan tidak berselindung dalam temu bual tersebut, komuniti kripto tetap kelihatan tidak berpuas hati. Dalam temubual itu juga, Kwon menyatakan beliau bertanggungjawab atas apa yang terjadi namun secara tegas menyatakan projek Terra bukanlah sejenis Skim Ponzi, ini kerana ramai pelabur terawal turut terkesan dan kerugian besar dengan kejatuhan projek ini. Malah Kwon sendiri menyatakan telah kehilangan hampir semua asset yang beliau miliki.

Kwon juga menyatakan tidak mustahil ada musuh dalam selimut yang bekerja di Terraform Labs dan pihak ini mengambil kesempatan atas kelemahan sistem dan mungkin mereka ini yang telah merancang untuk memanipulasi projek ini sejak permulaan projek Terra diwujudkan untuk keuntungan peribadi.

Penganalisa kripto bernama FatManTerra berkongsi pendapatnya tentang wawancara Kwon. Dia menggambarkan temu-bual itu sebagai “nothingburger”. FatManTerra menulis tweet menyatakan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Terra itu berbohong tentang banyak perkara dalam temu-bual tersebut dan cuba untuk menampakkan dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan walaupun mengaku bertanggungjawab atas kejatuhan projek Terra itu.

Salah seorang pelabur tegar Bitcoin (BTC), Cory menggalakkan mereka yang kehilangan wang mereka dalam kejatuhan projek Terra untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Do Kwon. Juga, seorang penganalisis bernama Hailey Lennon percaya bahawa wawancara Do Kwon tidak patut mendapat perhatian daripada masyarakat. “Saya tidak berkongsi pautan wawancara kerana ia tidak patut diklik,” tulisnya.

Walaupun terdapat banyak kritikan terhadap wawancara Kwon itu, terdapat juga segelintir pihak yang menyokong projek baru Kwon iaitu LUNA 2 dan pihak ini berbahas menyatakan Kwon tidak patut dipersalahkan secara berseorangan dalam kegagalan projek Terra. Malah, salah seorang pihak yang membela Kwon di laman sesawang Twitter menyatakan Do Kwon sedang berusaha untuk terus  memajukan projek LUNA 2 dan akan menjadikan ianya lebih baik lagi di masa hadapan, tambahan pula Kwon masih mengekalkan nama anak perempuannya sebagai LUNA kerana komited dengan projek ini.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini