24.7 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Kaedah Pemasaran Yang Mudah Dan Percuma

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Ramai usahawan beranggapan untuk memajukan perniagaan memerlukan kos yang tinggi untuk membuat pemasaran. Mentaliti seperti ini telah menjadi penghalang kepada ramai usahawan untuk terus berkembang.

Terdapat banyak platform media sosial yang boleh digunakan untuk menjadi medium pemasaran perniagaan yang dilakukan.

Facebook

Facebook merupakan platform yang paling sesuai untuk memasarkan produk atau servis anda kerana Facebook mempunyai database yang sangat besar .

Oleh itu, peluang untuk prospek meminati produk anda adalah lebih tinggi berbanding platform media sosial yang lain.

Antara strategi pemasaran yang anda boleh cuba di Facebook adalah seperti buat live, kongsi content yang menarik, kongsi gambar dan video.

Telegram Channel

Telegram Channel juga merupakan platform yang mampu menarik perhatian orang ramai terhadap produk atau servis yang anda sediakan.

Melalui Telegram Channel anda boleh berinteraksi secara terus dengan prospek dan memudahkan anda untuk menerangkan info produk atau servis anda.

Hal ini dapat membantu anda untuk membina komuniti, dengan prospek dan meningkatkan kepercayaan prospek kepada produk atau servis anda.

YouTube Channel

Cara pemasaran seperti ini mampu meningkatkan lebih banyak kesedaran dan perhatian terhadap produk anda. Secara purata, pengguna Internet akan menonton video di YouTube sekitar 15-30 minit setiap hari.

Penghasilan video yang baik dan menarik mampu meningkatkan kepercayaan orang ramai terhadap produk anda.

Perkongsian video yang mempunyai banyak info juga meningkatkan reputasi perniagaan anda dan mampu membina nama yang baik.

TikTok

Ramai usahawan kini telah memilih TikTok sebagai strategi tambahan dalam memasarkan produk dan servis mereka.

Content yang bercirikan perkongsian tips, ilmu mampu menarik lebih banyak perhatian orang ramai terhadap produk anda dan mampu meningkatkan peluang penjualan produk anda.

Instagram

Instagram merupakan salah satu platform yang sesuai untuk memasarkan produk anda kerana pengguna aplikasi itu yang ramai dan database yang besar.

Terdapat banyak ciri-ciri yang ada di Instagram yang anda boleh cuba untuk memasarkan produk anda secara percuma.

Strategi yang pemasaran yang efektif juga diperlukan dalam pemasaran di platform ini. Strategi yang anda boleh cuba antaranya adalah penggunaan hashtag yang bersesuaian, mengoptimumkan bio, content timing dan lain-lain lagi.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini