33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Mark Cuban – Insight

Mesti Baca

Mark Cuban adalah seorang jutawan yang berasal dari Pittsburgh, Pennsylvania. Beliau lahir pada Julai 31, 1958. Menurut Forbes, beliau sekarang bernilai $4.7 billion, meletakkan beliau di nombor 601 dalam senarai orang terkaya di dunia.

Mark Cuban terkenal dengan strategi pelaburannya yang tidak ortodoks di Shark Tank, memiliki Dallas Mavericks (pasukan bola keranjang profesional), dan gaya hidup menarik yang beliau jalani. Mark ialah seorang usahawan, personaliti TV dan pelabur. Selepas tahun pertama di Universiti Pittsburgh, beliau berpindah ke Universiti Indiana dan menamatkan pengajiannya dengan ijazah bisnes pada tahun 1981. Beliau kemudian kembali ke Pittsburgh dan mendapat pekerjaan di sebuah syarikat perisian runcit di mana kerjayanya mula melonjak.

Pekerjaan Pertama

Untuk kerja pertamannya, Mark disuruh untuk membersihkan tingkap dan menyapu lantai, dalam pada masa yang sama, berpakaian mahal. Malah, boss beliau berkata buruk tentang penampilan Mark kerana pakaiannya. Pada suatu hari, Mark meminta seseorang untuk mengambil alih syifnya. Beliau kembali dengan cek $10,000 daripada jualan yang dilakukannya. Namun, beliau dipecat kerana bos beliau lebih mengambil berat tentang sikap Mark berbanding hasil untung yang dibawannya. Mark menekankan yang “Tiada syarikat yang berjaya tanpa hasil jualan.” Sejak itu, beliau memutuskan untuk tidak bekerja di bawah orang lain.

Perjalanan Sebagai Usahawan

Mark berpindah ke Dallas dan memulakan perniagaannya yang dipanggil MicroSolutions, perkhidmatan komputer, menjadikan beliau seorang yang pakar dalam komputer dan rangkaian komputer. Beliau bekerja 20 jam sehari tanpa bercuti. Selepas 7 tahun, beliau menjual syarikat itu dengan harga $6 juta kepada CompuServer pada tahun 1990. Beliau juga adalah seorang peminat besar bola keranjang. Beliau sering mendengar permainan bola keranjang di Indiana Hoosiers, yang juga menyebabkan beliau memulakan satu syarikat yang dinamakan AudioNet pada tahun 1995 yang diumumkan secara publik 3 tahun kemudian. Mark menjual syarikat ini kepada Yahoo dengan harga $5.7 billion.

The Dallas Mavericks

Salah satu pelaburan pertama dan terbesarnya ialah membeli Dallas Mavericks dengan harga $285 juta, yang telah menjadi pemegang tiket musim selama bertahun-tahun. Beliau benar-benar mengubah maksud menjadi pemilik dalam NBA, melibatkan diri dengan semua orang daripada pemain kepada kakitangan pembersihan, membuat perubahan jadual dan mewujudkan perpaduan. Mavs memenangi kejuaraan pada 2011 dan kini dianggarkan bernilai sekitar $2.3 bilion.

Kejayaan Masa Depan

Tidak lama selepas itu, Mark mengubah cara filem ditayangkan, dengan memberi pilihan kepada pengguna tentang cara mereka mahu menonton filemnya “Bubble”. Ia dikeluarkan secara serentak di seluruh platform teater atau televisyen. Tidak lama selepas itu, beliau menyertai rancangan TV ABC “Shark Tank” pada musim kedua dan telah berada di rancangan itu sejak itu. Shark Tank ialah siri televisyen realiti perniagaan Amerika yang ditayangkan pada 9 Ogos 2009, di ABC. Ia menunjukkan usahawan membuat pembentangan perniagaan kepada lima panel pelabur atau “jerung”, yang memutuskan sama ada untuk melabur dalam syarikat mereka atau tidak.

Haters” Mark Cuban

Ramai orang menghina Mark kerana “sukses” beliau dengan AudioNet. Perkhidmatan penyiaran itu kehilangan berjuta-juta setiap tahun dan satu-satunya sebab Yahoo membelinya daripada Mark adalah kerana 500,000 pengguna mereka. Ini adalah kerana Yahoo mahu kekal sebagai laman web yang paling banyak dikunjungi. Jadi mereka telah membeli beberapa syarikat lain untuk mengekalkan penilaian saham yang tinggi.

Di Shark Tank pula, Mark kerap bersaing dengan Robert Herjavecalso. Menurut Robert, Mark sering mencuri beberapa tawaran yang diberikan oleh syarikat yang ingin membuat bisnes dengan pelabur di Shark Tank. Mark menawarkan tawaran yang lebih tinggi untuk menarik mereka, menyebabkan pelabur lain untuk menunggu sehingga Mark mebuat tawaran terlebih dahulu.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini