23.4 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Apple: Laporan Q3 “Bidas” Jangkaan Wall Street

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

California: Laporan pendapatan Apple untuk suku ketiga fiskal telah dikeluarkan pada khamis lalu. Dalam laporan tersebut, syarikat pembuat iPhone, Apple, telah mengatasi jangkaan Wall Street untuk jualan dan keuntungan tetapi masih menunjukan petumbuhan yang perlahan untuk syarikat tersebut.

Selain itu, dilaporkan saham Apple telah meningkat lebih 3% dalam lanjutan perdagangan.

Berikut merupakan perbandingan jangkaan Wall Street mengikut anggaran Refinitiv:

  • EPS : $1.20 berbanding $1.16, dianggarkan turun 8% tahun-ke-tahun
  • Hasil : $83 bilion berbanding $82.8 bilion, dianggarkan naik 2% tahun-ke-tahun
  • Hasil iPhone : $40.67 bilion berbanding $38.33 bilion, dianggarkan naik 3% tahun-ke-tahun
  • Hasil servis : $19.60 bilion berbanding $ 19.70 bilion, dianggarkan naik 12% tahun-ke-tahun
  • Hasil produk lain : $8.08 bilion berbanding $8.86 bilion, dianggarkan turun 8% tahun-ke-tahun
  • Hasil Mac : $7.38 bilion berbanding $8.70 bilion, dianggarkan turun 10% tahun-ke-tahun
  • Hasil iPad : $7.22 bilion berbanding $6.94 bilion, dianggarkan turun 2% tahun-ke-tahun
  • Margin kasar : 43.26% berbanding 42.61%
Sumber gambar : Apple.com

Menurut laporan tersebut, Appe telah mencatat peningkatan jualan sebanyak $83.0 bilion berbanding $82.8 bilion dan keuntungan Apple turut melonjak sebanyak $1.20 sesaham berbanding $1.16 sesaham.

Secara keseluruhannya, pendapatan Apple telah meningkat sebanyak 2% pada suku ketiga tahun ini berbanding pertumbuhan sebanyak 36% dalam tempoh yang sama tahun lepas dan lebih 8% pertumbuhan pada suku Mac.

Sumber gambar: Iphonenote.com

CEO Apple, Tim Cook, turut menyatakan bahawa keputusan laporan pendapatan Apple ini adalah lebih baik daripada jangkaan dan CFO Apple, Luca Maestri turut menambah ianya merupakan persekitaran operasi yang mencabar sepanjang fasa pemulihan ekonomi global.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini