33.9 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Tingkatkan Strategi Pemasaran Menggunakan Facebook Ads

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Facebook merupakan platform media sosial yang paling sesuai untuk membuat aktiviti pemasaran untuk produk atau servis yang anda sediakan.

Hal ini kerana, Facebook mempunyai 2.5 billion pengguna dan terdapat pelbagai jenis orang dari semua peringkat umur, budaya dan status ekonomi di Facebook.

Terdapat banyak tools dan teknik yang anda boleh gunakan untuk meningkatkan jualan anda di Facebook.

Facebook Ads

Facebook Ads merupakan kaedah yang paling cepat dan mudah untuk melonjakkan reach post anda.

Penggunaan Facebook ads sedikit teknikal, namun ianya boleh memberi keuntungan yang tinggi jika anda pandai untuk menggunakannya.

Facebook ads juga mempunyai key features yang menarik untuk anda guna bagi meningkatkan lagi reach post anda kepada audience.

Sumber Gambar : 99Design
  • Custom Audience
  • Lookalike Audience
  • Facebook Page > People Who Like Your Page

Custom Audience

Fungsi Custom Audience adalah untuk re-targeting iklan anda kepada prospek atau pelanggan yang pernah mengunjungi Facebook page atau website anda.

Antara fungsi custom audience yang anda boleh gunakan adalah:

  • Customer File : Re-targeting menggunakan database.
  • Web Traffic : Re-targeting kepada prospek yang pernah mengunjungi website anda.
  • App Activity : Re-targeting kepada prospek yang pernah buka aplikasi.
  • Engagement :Re-targeting prospek yang pernah masuk ke Facebook page atau Instagram Business

Antara kaedah yang mudah untuk retarget iklan anda adalah Customer Files, Web Traffic dan Engagement.

Lookalike Audience

Antara features yang menjadi kegemaran pengguna Facebook Ads kerana ianya boleh meningkatkan lebih banyak capaian iklan anda kepada prospek.

Fungsi features lookalike audience ini adalah dengan anda boleh Re-targeting iklan anda kepada prospek yang ada persamaan dengan prospek yang like Facebook page anda.

Sebagai contoh:

Adriana like Facebook page anda tetapi Asyraf tidak like page anda. Namun persamaan antara mereka berdua adalah mereka minat pemasaran melalui Facebook.

Dengan adanya features lookalike audience ini, Asyraf juga akan dapat melihat iklan anda dan lookalike audience ini sangat sesuai untuk anda mencari pelanggan baru yang mempunyai persamaan dengan pelanggan yang sebelum ini.

People Who Like Your Page

Kaedah ini merupakan yang paling mudah untuk meningkatkan capaian iklan anda kerana kaedah ini akan re-targeting kepada prospek yang like Facebook page anda.

Semoga tip dan panduan ini membantu anda untuk menguasai strategi pemasaran dan meningkatkan lagi jualan anda.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini