33.9 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Rothschild Dalang Utama Guthrie Dawn Raid !

Mesti Baca

Nama Rothschild sudah tidak asing lagi di dalam masyarakat Malaysia. Sir Evelyn De Rothschild adalah nama timangan yang diberikan oleh tokoh kewangan British yang terkemuka di serata negara terutama pada tahun 80-an zaman terdahulu. Beliau mempunyai nilai aset bersih melebihi 20 Billion hasil dari kerjaya beliau sebagai pakar kewangan dan juga perniagaan keluarga beliau yang terkenal. Walaupun nama ini sering dipalit dengan kontroversi namun latar belakang kerjaya beliau amat menarik dan mengagumkan. 

Selain pernah menjadi pengerusi bagi pelbagai institusi besar dan ternama seperti The Economist, IBM United Kingdom Holdings Limited, Sir Evelyn De Rothschild juga pernah menjadi penasihat kewangan bagi HM Queen Elizabeth II. Ini menunjukkan Sir Evelyn De Rothschild mempunyai latar belakang kerjaya dan kendiri yang sangat teguh. 

Pada tahun 1981, Sept 7, Malaysia telah menggemparkan seluruh dunia dengan taktik pelaburan yang dinamakan “Guthrie Dawn Raid”. Peristiwa ini telah membuka mata pelbagai negara terutama negara negara asing yang sering memandang serong terhadap negara kecil yang maju seperti Malaysia. Syarikat Guthrie iaitu syarikat yang dimana pemegang saham utama kebanyakan adalah dari British telah menapak di Malaysia dan berkembang dari segi perlombongan serta perladangan di negara kita yang tercinta. 

Walaupun Malaysia telah mencapai kemerdekaan namun sisa-sisa pemerintahan British masih lagi terasa terutama ketika berunding berkaitan hak-hak asasi serta layanan yang diterima oleh pihak British terhadap masyarakat melayu ketika itu juga tidak boleh diterima. Dari situ, satu strategi pelaburan mengenai pengambilalihan syarikat Guthrie oleh Malaysia dilakukan secara senyap-senyap dan peristiwa yang dianggap memartabatkan nama dan maruah Malaysia ini dinamakan sebagai “Guthrie Dawn Raid”

Bagaimana Rothschild boleh terlibat di dalam peristiwa bersejarah ini?  

Dengan latar belakang di dalam bidang kewangan, Sir Evelyn De Rothschild sebenarnya sudah menjalankan persahabatan bersama tokoh-tokoh yang terlibat semasa peristiwa Dawn Raid dan nama nama ini sudah lagi tidak asing di kalangan komuniti. 

Berikut merupakan tokoh-tokoh yang menjayakan peristiwa 1981, Sept 7 iaitu peristiwa Guthrie Dawn Raid. 

Sumber gambar : thevocket.com
  1. Tun Dr Mahathir Mohammad 

Dilahirkan pada tahun 1925, Julai 10. Tun Dr Mahathir atau dikenali ramai dengan nama timangan beliau Tun M merupakan ahli politik yang ternama di Malaysia dan juga di luar negara. Prestasi beliau yang cukup membanggakan dengan latar belakang sebagai doktor dan ahli perubatan sebelum beliau menceburi dunia politik dan sehingga berjaya menjadi perdana menteri Malaysia bukan hanya sekali tetapi dua kali dalam tempoh masa 20 tahun. Beliau juga merupakan perdana menteri yang mempunyai rekod paling lama berkhidmat sebagai jawatan penting perdana menteri ini dan pada kali pertama beliau memegang jawatan perdana menteri, zaman pemerintahan selama 22 tahun telah menjadikan Malaysia sebagai negara yang memandang berat ke arah pembangunan negara maju. 

Ketika peristiwa Dawn Raid berlaku, Tun Dr Mahathir ketika ini menjalankan tugas beliau sebagai perdana menteri ke-empat (4) Malaysia. Sifat beliau dikenali sebagai seorang ketua yang tegas dan licik dalam merancang strategi terutama bagi ibu negara yang makin pesat mengembang ketika itu namun masih mempunyai sisa pemerintahan British yang sudah lama bertapak di Malaysia sebelumnya. 

Sudah umum, perdana menteri ke-empat Malaysia menunjukkan perasaan tidak suka terhadap British secara terang-terangan. Sifat beliau yang tidak gentar walaupun berasal dari negara yang sedang berkembang berhadapan dengan British yang tidak menghormati penduduk asal dan menindas golongan yang memerlukan. Beliau juga pernah membuat slogan Buy British Last  dan ini telah membuat pihak British terasa dan melancarkan serangan dengan menaikkan yuran pengajian pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian di luar negara di British ketika itu. Hal ini berlaku pada zaman 80-an dan selepas kejadian itu, Malaysia dan British sudah kembali menjalankan hubungan diplomatik yang baik. 

Sumber gambar: headtopics.com
  1. Tan Sri Abdul Khalid (Bekas Menteri Besar Selangor) 

Nama yang cukup bersejarah ini Tan Sri Abdul Khalid telah membanggakan Malaysia dengan pelan strategi yang dilakukan bersama Tun Dr Mahathir serta nama nama tokoh ternama lain yang terlibat dengan peristiwa ini. Arwah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada 2022, Julai 31 pada umur 76 tahun. 

Dengan memegang jawatan penting pada peristiwa Guthrie Dawn Raid iaitu sebagai pengurus pelaburan bagi syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) bersama dengan Tun Ismail Ali dan Tun Dr Mahathir, mereka telah menjalankan satu strategi yang juga dibantu oleh Sir Evelyn De Rothschild dengan mencadangkan agar mereka membuka akaun bank di Switzerland agar proses membeli saham dapat dilakukan secara diam-diam tanpa pengetahuan pihak British ketika itu. 

Bagaimana mereka boleh terfikir untuk menggunakan bantuan dari Rothschild ketika itu adalah kerana Tun Ismail Ali dan Tan Sri Abdul Khalid telah membuat kajian terperinci mengenai undang-undang kewangan di British, Malaysia dan lain lain. Ketika peristiwa ini Sir Evelyn De Rothschild menggerakkan peranan beliau dengan berjumpa syarikat M&G iaitu syarikat pelaburan di England dan memujuk syarikat itu untuk menjual saham syarikat kepada Malaysia. Hasil daripada campur tangan ini, Syarikat M&G telah menjual saham dan Malaysia juga berjaya mendapatkan saham Guthrie dari pelbagai syarikat tempatan dan luar negara seperti, Genting Berhad, Bank simpanan Nasional. 

  1. Tun Ismail Ali (Gabenor Bank Negara)

Dilahirkan di Kuala Lumpur dan menamatkan pengajian di luar negara dan sering terlibat serta memegang jawatan tinggi, tidak aneh lagi bagaimana tokoh ini berjaya membawa nama di persada luar negara. Jika anda tidak mengenali beliau, tandatangan beliau berada di mata wang atau duit kertas Malaysia bermula pada era beliau. Selain memegang rekod sebagai gabenor yang paling lama berkhidmat di Asia, pelajar aliran undang-undang ini telah membuktikan pendidikan dan kerjaya walaupun pada awal tahun 80-an dimana tidak ramai yang mendapat peluang untuk merasai pengalaman sebegini. 

Walaupun latar belakangnya yang meneruskan pengajian di luar negara dan berkhidmat di dalam bidang perbankan di luar negara, akhirnya Tun Ismail Ali kembali ke tanah air dan telah memainkan peranan yang penting dalam memartabatkan negara Malaysia dengan pelbagai usaha bagi meningkatkan perkembangan negara dari hasil perlombongan, pertanian dan pelbagai lagi. Isu yang merunsingkan Tun Ismail Ali ketika itu adalah sifat Melayu yang menjual saham yang diberi atau dimiliki kepada pelabur asing atas alasan mendapatkan untung namun mereka tidak sedar nilai saham yang dimiliki adalah tidak setara dengan apa yang diterima. 

Merupakan abang ipar kepada bekas perdana menteri. Tun Dr Mahathir, beliau adalah abang kepada Tun Siti Hasmah yang merupakan tokoh wanita yang terkenal dan juga isteri kepada Tun Dr Mahathir. Hubungan yang rapat ini telah mencetuskan idea dimana terjadinya peristiwa Guthrie Dawn Raid kerana sifat Tun Ismail Ali yang juga anti-British pada ketika itu. 

Arwah Tun Ismail Ali telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada tahun 1988 di usia 79 tahun dan telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di Ampang, Fakta menarik, terdapat bangunan di Kuala Lumpur yang dinamakan sempena tokoh ini, iaitu Menara Tun Ismail Moh Ali di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur dan beliau pernah terkandas semasa meneruskan pengajian di London akibat perang dunia kedua dan beliau meneruskan pengajian sebaik sahaja perang telah tamat. 

KESIMPULAN 

Kemenangan bagi negara tercinta, Malaysia pada tahun 1981, Sept 7 pada waktu dening hari bersama dengan pasukan yang terdiri daripada tokoh-tokoh kewangan dan pelaburan ternama Malaysia, Peristiwa Guthrie Dawn Raid telah dijayakan oleh Tun Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Khalid dan Tun Ismail Ali bersama bantuan tokoh-tokoh lain serta Sir Evelyn De Rothschild yang menyumbang kepada peristiwa ini. Jadi apakah pendapat anda? Penglibatan Rothschild di dalam peristiwa bersejarah ini mengejutkan anda atau tidak. 

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini