32.4 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Google Cloud Bakal Bertapak Di Malaysia

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Kuala Lumpur : Google Cloud sebuah perkhidmatan Cloud Storage yang ditawarkan oleh syarikat gergasi teknologi Amerika, Google LLC telah mengumumkan rancangan penambahan wilayah untuk perkhidmatan tersebut bagi menampung permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan tersebut di Asia Pasifik.

Malaysia bakal menyertai Thailand dan New Zealand sebagai negara tambahan ke dalam Wilayah Google Cloud yang lain sebelum ini iaitu Berlin, Dammam, Doha, Mexico, Tel Aviv dan Turin. Namun, masih tiada maklumat yang terperinci daripada Google di mana kawasan Cloud dijadualkan berada di Malaysia.

Wilayah baharu ini akan menyertai 34 wilayah Google Cloud yang sedang beroperasi di seluruh dunia. Dilaporkan 11 daripadanya terletak di Asia-Pasifik dan Google turut berkata bahawa mereka menyediakan perkhidmatan yang berprestasi tinggi yang dijalankan pada Cloud terbersih dalam industri tersebut.

Penyertaan Malaysia, Thailand dan New Zealand sebagai wilayah Google Cloud yang baharu dapat membantu pelanggan Google untuk terus berkembang dan menyelesaikan masalah perniagaan mereka yang kritikal.

Kerjasama ini adalah untuk memastikan kawasan wilayah Google Cloud sesuai dengan keperluan pelanggan yang semakin berkembang dari masa ke semasa. Selain itu, pembentukan wilayah Google Cloud yang baharu ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat teknologi itu untuk menyokong transformasi digital di seluruh Asia Pasifik.

Sumber gambar: BBVA.com

Google akan terus melabur dalam mengembangkan lagi wilayahnya ke seluruh rantau dengan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dalam mewujudkan lebih banyak kabel dasar laut. Antara syarikat gergasi telekomunikasi yang turut serta dalam kerjasama ini adalah Apricot, Echo, JGA South, INDIGO dan Topaz.

Sementara itu, International Data Corp (IDC) telah menjangkakan jumlah perbelanjaan perkhidmatan awam di Asia Pasifik tidak termasuk Jepun akan menelan perbelanjaan sebanyak $282 Bilion Dolar (RM 1.26 trilion) menjelang 2025.

Sumber gambar : Net solutions

Pengarah penyelidikan IDC, Daphne Chung, turut berkata bahawa wilayah Google Cloud yang baharu ini dapat membantu menangani keperluan organisasi yang semakin meningkat dalam bidang digital. Selain itu, ianya juga boleh membuka lebih banyak peluang dalam transformasi digital dan inovasi di Asia-Pasifik.

Berikutan dari pengumuman pembukaan wilayah ini, Google telah menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan dalam mengakses keupayaan dari wilayah Cloud tempatan dan membantu perjalanan mereka ke persekitaran hibrid dab berbilang Cloud.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini