33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Maybank Secure2U Kini Lebih Selamat

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Kuala Lumpur: Malayan Banking Berhad (Maybank) akan berhijrah sepenuhnya kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat melalui kaedah Secure2U dan akan digunakan sepenuhnya menjelang 2023.

Penghijrahan kaedah pengesahan ini merupakan inisiatif kepada masalah penipuan kewangan yang berlaku melibatkan penggodaman SMS One-Time Passwords (OTP) dan menyebabkan mangsa kehilangan wang dari akaun bank mereka.

Penghijrahan ini juga selaras dengan usaha Bank Negara Malaysia (BNM) supaya berhijrah daripada kaedah pengesahan One-Time Passwords (OTP) kepada pengesahan yang lebih selamat.

Pelanggan boleh menggunakan kaedah pengesahan Secure2U ini untuk aktiviti atau transaksi dalam talian yang berkaitan dengan pembukaan akaun, pemindahan dana dan pembayaran, termasuk perubahan pada maklumat peribadi dan tetapan akaun.

Buat masa ini, Secure2U hanya dibenarkan untuk satu peranti bagi setiap pemegang akaun bagi meminimumkan kemungkinan butiran perbankan dalam talian pelanggan dikompromi atau digunakan oleh mana-mana pihak ketiga.

Selain itu, Secure2u juga dilengkapi dengan keselamatan tambahan untuk mengetatkan lagi peraturan pengesahan penipuan dan pencetus untuk menyekat transaksi yang mencurigakan iaitu Maybank akan memaklumkan pelanggan melalui SMS ‘Push Notification‘, dan e-mel apabila Secure2u telah didaftarkan pada peranti baharu.

Maybank juga menyediakan sistem pengesahan dan pemantauan penipuan dengan peraturan tersuai dan parameter risiko tambahan. Maybank juga menyediakan pengesahan panggilan semula untuk memaklumkan pelanggan tentang sebarang transaksi yang mencurigakan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini