24.7 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Jana Pendapatan Lebih $500,000 Sebagai Vtubers

Mesti Baca

Ingin Menjadi Virtual YouTuber Yang Berjaya?

“Macam mane VTubers membuat duit?”, soalan yang mungkin timbul dalam kepala anda.

Salah satu soalan yang memuncak rasa ingin tahu anda apabila anda mula menonton VTubers di YouTube atau Twitch dan tinggal di dunia fantasi maya bersama-sama content creator kegemaran anda.

Apa itu VTuber?

Seorang Virtual YouTuber (VTuber), menggunakan avatar virtual sebagai identiti mereka untuk menggunakan saluran dalam talian mereka sendiri dan menggunakannya untuk memuat naik video yang boleh ditonton oleh orang di seluruh dunia. Mereka sering menggunakan avatar maya sebagai identiti mereka, oleh itu dinamakan VTubers. Ramai VTuber telah berjaya tanpa pernah mendedahkan identiti atau lokasi sebenar mereka.

Bagaimana anda menjadi VTuber?

1. Bina avatar virtual anda sendiri

Anda perlu membina avatar anda sendiri dengan menggunakan aplikasi yang disediakan jika anda mahu mempunyai avatar virtual sendiri. 

Anda juga boleh membayar seseorang yang berpengalaman dalam membina modal avatar virtual untuk memastikan modal VTuber anda adalah berkualiti tinggi dan sedia untuk digunakan.

2. Apakah peralatan yang anda perlukan untuk menjadi VTuber

Selain daripada virtual avatar anda sendiri, VTubers perlu melabur dalam komputer yang berprestasi tinggi dengan banyak ruang storan dan kad grafik yang berkuasa.
Anda juga memerlukan kamera web yang menjejaki gerakan (track movement) dan melekat pada komputer anda. Sesetengah VTuber juga menggunakan Headset VR untuk interaksi yang imersif dalam kandungan video mereka.

3. Melancarkan saluran anda

YouTube, Twitch, TikTok, Facebook atau Instagram adalah pilihan yang terbaik untuk mengembangkan dan menyiarkan kandungan anda. Anda juga boleh memilih antara platform tersebut sebagai saluran utama supaya penonton akan kekal dalam platform yang sama.

Bagaimanakah VTubers menjana wang?

Program Rakan Kongsi YouTube

Ini adalah salah satu sumber pendapatan untuk mana-mana VTuber atau YouTuber. Hampir setiap VTuber yang streaming di youtube memperoleh pendapatan menggunakan iklan melalui Program Rakan Kongsi YouTube. Walaupun ini adalah cara yang paling mudah untuk memperoleh pendapatan, ia membayar jumlah wang yang paling sedikit bagi setiap penonton berbanding dengan aliran hasil yang lain.

Keahlian (Membership)

Keahlian ialah bentuk penjanaan hasil paling selamat untuk VTubers di luar sana kerana ia memastikan Vtubers daripada hilang peminat dan penonton, dan jika kandungan mereka cukup menarik, maka aliran pendapatan kekal konsisten.

Super Chat

VTubers menjana wang dengan cara yang serupa dengan penyiaran langsung tradisional, termasuk melalui sistem “Super Chat” YouTube. Peminat sering membuat derma kecil, atau kadang-kadang juga besar, kepada VTuber tertentu itu. Ini juga menjadikan sebahagian besar hasil untuk Vtubers.

Merchandise

Merchandise (atau kebanyakannya dikenali sebagai “Merch”) juga merupakan cara terbaik untuk VTubers memanfaatkan populariti mereka. Peminat VTuber sering menghabiskan banyak wang untuk barangan yang dijual oleh VTuber. Produk merchandise ini biasanya termasuk baju, jaket, cawan, dan lain-lain.

VTuber: AceCronosz Merch

Program Affiliate 

VTubers juga boleh membuat wang dengan mendaftar untuk program affiliate yang berbeza yang berkaitan dengan kandungan mereka. Dengan cara ini, mereka membuat komisen pada setiap jualan yang dibuat melalui rujukan mereka. 

Apakah Pro dan Kontra?

Pro: 

  • Identiti dan privasi anda dilindungi
  • Banyak kreativiti anda boleh ekspres di internet 
  • Anda boleh mencipta atau memilih avatar sendiri 
  • Dapat menimba ilmu pengetahuan tentang perniagaan dan pengurusan

Kontra: 

  • Kos mencipta avatar anda boleh mencecah RM200 ke atas bergantung kepada kualiti, reka bentuk dan kadar artis itu sendiri
  • Mencipta avatar anda sendiri boleh memakan masa yang lama
- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini