28.3 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Undang-Undang Baharu Indonesia – Penyekatan Platform Digital

Mesti Baca

Pada November 2020, kerajaan Indonesia telah menguatkuasakan undang-undang di mana syarikat-syarikat teknologi perlu mendaftar status Penyelenggara Sistem Elektronik (PSE) yang akan mengiktirafkan perkhidmatan mereka untuk beroperasi secara sah di negara itu. Peraturan PSE in membolehkan kerajaan Indonesia mempunyai kawalan terhadap syarikat-syarikat ini.

Kegagalan mematuhi undang perlesenan Indonesia menyebabkan platform seperti Yahoo!, Paypal, Steam, Epic Games, dan beberapa laman sesawang yang lain telah disekat perkhidmatannya.

Ramai orang berasa panas hati berikutan penyekatan ini terutama pengguna Paypal. Ini kerana pengguna Paypal menggunakan platform ini untuk membuat transaksi secara online di seluruh dunia. Peraturan baharu ini telah menutup “periuk nasi” rakyat Indonesia yang bergantung kepada Paypal untuk membuat bisnes online. Oleh itu, pihak kerajaan sedang mencari solusi yang terbaik dan memberi akses untuk satu tempoh bagi membolehkan transaksi berlaku.

Awal bulan ini, Indonesia telah menggesa syarikat teknologi untuk mendaftar pelesenan baharu ini sebelum tarikh akhir 20 Julai. Beberapa syarikat seperti Amazon, Facebook dan Google telah pun mendafter. Namun, terdapat syarikat lain yang tidak mematuhi undang-undang baharu ini menyebabkan perkhidmatan mereka disekat.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini