33.3 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Jho Low Cuci Duit Haram, Jadikan Isterinya Chuan “Kambing Hitam”

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Ahli perniagaan yang kini menjadi buruan utama pihak berkuasa di peringkat antarabangsa berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jho Low, telah dikesan menggunakan proksi, termasuk isterinya Jesselynn Chuan, untuk membuka akaun bank dan menyertai kelab kapal layar mewah di Hong Kong.

Dakwaan ini telah dibuat oleh pengarah “Billion Dollar Whale” iaitu Tom Wright dan Bradley Hope.

Dalam satu rancangan di saluran Youtube mereka, dalam episod Finding Jho Low, Hope telah mendakwa Chuan iaitu isteri kepada Jho Low telah menjadi “kambing hitam” untuk semua aktiviti Jho Low yang melibatkan pembukaan akaun perbankan kerana namanya didakwa terdapat dalam banyak bil termasuk permohonan untuk menyertai Kelab Kapal Layar Diraja Hong Kong.

Selain itu, Chuan turut dilaporkan telah meletakkan dirinya sebagai pengarah kumpulan pelaburan untuk sebuah syarikat yang bernama Kinetic Profit Company Limited yang bertapak di Hong Kong. Chuan juga telah didakwa mempunyai akau bank di ICBC di Hong Kong.

ICBC merupakan singkatan untuk Industrial and Commercial Bank of China sebuah bank multinasional China.

Hope turut berkata sumber daripada hasil risikan yang dilakukan oleh firma risikan perniagaan, Alaco, telah menunjukkan bahawa Kinetic Profit didakwa turut mempunyai pertalian dengan Jho Low melalui sepupunya yang dikatakan merupakan pengarah syarikat tersebut.

Melalui satu dokumen daripada sumber yang sama, Hope turut menambah bahawa Kinetic Profit pernah dimiliki oleh Ruskin Overseas Limited sebuah syarikat yang berpangkalan di British Virgin Island. Selain itu, syarikat Kinetic Profit dilaporkan turut mempunyai anak syarikat hartanah di Shanghai, China.

Sebelum ini mereka telah berkongsi foto di Twitter dan dalam foto tersebut menunjukkan Low di Shanghai Disneyland pada Malam Krismas 2019.

Sehingga kini ahli perniagaan berkontroversi ini masih tidak dijumpai dan pengarah “Billion Dollar Whale” ini turut berusaha untuk menentukan dimana kedudukan Jho Low. Pihak interpol juga telah mengeluarkan Notis Merah keatas Jho Low pada 2016. Dia juga dikehendaki di beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat berhubung skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini