22.6 C
Malaysia
Thursday, May 9, 2024

PENGGUNA TWITTER DIANCAM SAMAN MENTERI BESAR SELANGOR

Mesti Baca

Shah Alam- Sejurus Program Sinergi Pendidikan Yayasan Selangor 2022 tamat, menteri besar selangor mengulas isu siar warta Hutan Simpanan di Bukit Cherakah yang dilakukan pada 5 Mei lalu.

Pengarah Perhutanan Selangor Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid memetik, berdasarkan Seksyen 13, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri (EAPN) Selangor 1985, pihak berkuasa negeri hendaklah membuat siar warta bagi mana-mana kawasan hutan simpanan kekal yang telah dinyahwarta. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memetik bahawa Hutan simpan Bukit Cherakah telah dinyahwartakan 22 kali sejak 1924.

Sejak 2006, Isu pemasyhuran atau siar warta telah menjadi hangat kerana terdapat ura-ura kerajaan negeri bakal disaman oleh syarikat-syarikat yang mempunyai pemilikan saham atau kepentingan terhadap Bukit Cherakah. Selangor tidak mempunyai pilihan selain menyahkan Hutan Simpan Bukit Cherakah, kata beliau.

“Jika perkara ini tidak diteruskan , kerajaan negeri akan menghadapi saman kerana syarikat-syarikat tersebut akan kehilangan peluang perniagaan mereka yang diluluskan oleh kerajaan negeri dahulu,” jelas Datuk Seri Amirudin Shahri.

Berikutan dengan ini Datuk Seri Amirudin Shari membalas isu ini dengan berkata syarikat-syarikat berikut diberi amaran supaya memberhentikan segala projek yang dilakukan melainkan usaha pembinaan jalan raya dan tanah perkuburan. Hal ini mungkin akan memberi kesan terhadap syarikat anak negeri namun kerajaan negeri tidak mampu untuk menghalang syarikat swasta oleh kerana kelulusan sebelum ini masih terguna pakai yang telah diberikan oleh pengurusan sebelum.

Isu ni hangat dibahaskan di laman media sosial seperti Twitter. Berikut merupakan kenyataan beliau yang dilakukan di akaun persendiriannya yang mengatakan jika kerajaaan negeri menarik balik keputusan yang dilakukan, mereka bakal menghadapi kemungkinan untuk disaman. Malah hutan simpan juga dikekalkan sebanyak 30% di kawasan Selangor

Kenyataan ini mengundang pelbagai reaksi yang berbaur negatif dan positif di kalangan netizen. Terdapat juga akaun twitter milik penyokong PKR yang membahas isu ini,

Katanya yang menyokong kenyataan menteri besar Selangor, kawasan Rimba Komuniti Shah Alam bukan lagi sebahagian dari Hutan Simpan Bukit Cherakah ini adalah hasil dari pemerintahan kerajaan Barisan nasional. Kawasan yang telah diwartakan pada 2006 itu adalah dibawah pemerintahan kerajaan barisan nasional (BN) sebelum diambil alih pada 2008.  Rimba Komuniti Shah Alam seluas 1,114 ekar di kelilingi perumahan Setia Alam, Alam Budiman, Bandar NusaRhu dan Bukit Bandaraya housing developments. Malah, Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam berkempen agar projek pembinaan berkenaan tidak dibangunkan dan dijadikan hutan simpan kekal berikutan berlaku kerja-kerja tanah di kawasan berkenaan.

“Enakmen Akta Perhutanan Selangor (Penggunaan) (Pindaan) 1985 telah dipinda oleh kerajaan negeri pada 2011 (untuk menghendaki) pendengaran awam bagi cadangan menyahwartakan hutan simpan kekal.

Bagaimanapun, penyahwartaan sebahagian Hutan Simpan Bukit Cherakah berlaku pada 2006, sebelum pindaan ini. Justeru, penggantian kawasan hutan simpan secara serentak tidak dapat diamalkan pada masa itu.

Terdapat banyak kecaman dari netizen seperti , pengguna twitter @syeddediver menanyakan adakah menteri besar selangor, Amirudin Shari hanya ingin mencari duit politik? Pertanyaan ini dibalas oleh beliau dengan berkata “bagi alamat bang saya nak saman kerana tuduh saya curi duit developer”.

Isu ni mendatangkan perasaan yang berbaur di kalangan netizen, memang benar kerajaan negeri tidak boleh menghalang penyahwartaan hutan simpanan di Bukit Cherakah kerana ia berlaku sebelum pengambil alihan kerajaan terkini. Namun netizen banyak membangkitkan ketelusan kertas kerja mengenai isu Bukit Cherakah ini dan ingin kerajaan negeri mendedahkan kenapa nama pengawai yang terlibat dalam kelulusan siar warta ini tidak didedahkan.

Adakah usaha menteri besar dengan menyekat sebahagian pembinaan selain jalan raya dan tanah kubur cukup memandai, atau dengan pendedahan nama pengawai yang terlibat dapat menyelesaikan isu ini ?

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini