22.4 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Lawatan Pelosi Ke Taiwan Mencemaskan China

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Beijing: Tentera China telah mengarahkan agar pasukannya untuk bersiap sedia untuk melancarkan siri tindakan ketenteraan bersasar. Ini merupakan tindak balas China terhadap lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, ke Taiwan.

Sumber gambar : The new york times

Lawatan Pelosi ke Taiwan disifatkan sebagai provokasi dan tidak wajar kerana ianya akan meningkatkan lagi ketegangan antara China dan Taiwan. Naib Menteri Luar China, Xie Feng, turut menyuarakan bantahan ke atas lawatan Pelosi ke Taiwan kepada Duta AS, Nicholas Burns, di Beijing.

“Taian adalah milik China dan Taiwan akan kembali ke pangkuan tanah air.” Kata Xie kepada Burns.

Beliau turut menambah, kunjungan tersebut telah memburukkan lagi ketegangan yang berlaku antara dua kuasa besar ekonomi dunia itu. Xie juga telah memberi ancaman kepada Washington agar segera menangani isu yang berlaku bagi mengelakkan kesan buruk akibat lawatan Pelosi ke Taiwan.

Lawatan Pelosi ke Taiwan sedikit sebanyak telah mengancam ketenteraman China kerana negara tersebut menganggap Taiwan sebahagian daripada wilayahnya walaupun Taiwan memiliki pentadbiran demokrasi sendiri. Tentera China turut mengadakan latihan ketenteraan di perairan sekitar kepulauan Taiwan.

Selain itu, Kementerian Pertahanan Taiwan turut melaporkan lebih 21 pesawat tentera China telah memasuki zon pengenalan pertahanan udara pulau itu.

Sumber gambar: The new york times

Sementara di Taipei, Pelosi yang dalam rangka lawatan ke Asia, telah menegaskan bahawa beliau bersama deligasi tiba secara aman ke rantau ini.

Pada masa yang sama, Presiden Taiwan, Tsai Ing-Wen telah menzahirkan ucapan terima kasih kepada pemimpin AS atas sokongan kuat kepada Taipei pada waktu yang genting kini.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini