22.8 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Trader Ingkar Doa

Mesti Baca

Dalam filem Ali Baba Bujang Lapok, ada pelajaran tentang sikap tamak manusia yang boleh kita pelajari. 

Saat Ali Baba menemui gua dengan harta karun, beliau hanya mengambil 1 bekas wang emas  bersama basikal roda 3, tapi sebaliknya apabila Kassim Baba yang mengetahui lokasi harta  itu dari Ali Baba, Kassim Baba terus datang dengan lori dan habis licin semuanya (kecuali mentol lampu yang panas).

Kesudahan adegan ini, Kassim Baba mati dikerat dengan parang gajah.

Sumber Gambar : Happy 60th birthday Ali Baba Bujang Lapok – gogglers

Dalam pencarian rezeki termasuk di dalam trading, kita tidak lari dengan doa terhadap Maha Pemberi Rezeki iaitu ALLAH agar diberikan rezeki keuntungan dalam urusniaga trading, cuma bila ketamakan menguasai diri, kita menjadi insan yang ingkar dengan doa.

Subuh Isnin, kita berdoa pada ALLAH agar dimurahkan rezeki untuk beri keuntungan $50 untuk trading minggu itu. 

Dengan izin ALLAH, nilai $50 itu telah dicapai menjelang malam Isnin, andai kita rujuk semula doa kita pada ALLAH, termakbul sudah doa kita tetapi bila ketamakan menguasai diri, kita mula meletakkan doa kita tadi ketepi.

Apa sepatutnya kita buat berdasarkan doa kita tadi? 

Berhenti trading untuk minggu itu dan tumpukan pada aktiviti lain.

Tapi, akan ada bisikan pada hati kita, esok ada setup dan boleh entry lagi. 

Hari kedua, ALLAH uji lagi ketamakan kita dengan memberi lagi keuntungan sebanyak $10 dan kita makin yakin untuk trade pada hari ketiga. 

Hari ketiga, ALLAH tarik keuntungan itu dimana kita kerugian sebanyak $70.

Hati kita mula resah dan kacau bilau disebabkan sasaran asal kita $50 kini hanya berbaki $40 (kerugian $10 dari sasaran).

Hari keempat, situasi makin teruk apabila kita kerugian lagi sebanyak $20 dan menyebabkan emosi kita mula tidak stabil dan timbul rasa marah dan dendam pada pasaran.

Memasuki hari trading kelima, kita mula buat perkara yang lebih merisikokan akaun dengan entry yang banyak (layer) ataupun mengunakan lot size yang besar. 

Kesudahannya akaun kita kerugian sepenuhnya (MC)

ALLAH makbulkan doa kita pada hari Isnin tapi kerana ingkar doa, kita hilang akaun kita  (kerugian penuh) pada Jumaat.

Apa yang boleh menjadi ikhtibar disini adalah, dari awal permulaan trading kita janganlah ada bersifat tamak. Jika anda bersifat pemurah, ALLAH akan gantikan rezeki lain yang anda tidak sangka. Insya-ALLAH !

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini