22.4 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Krisis Makanan Dunia Semakin Parah

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Ketegangan yang berlaku antara Rusia-Ukraine telah menjadi faktor yang memburukkan lagi isu krisis keselamatan makanan global yang paling hebat pada zaman ini.

Hal ini kerana, Rusia dan Ukraine merupakan negara yang menghasilkan sebanyak satu pertiga daripada bekalan gandum dunia. Peperangan yang berlaku antara kedua-dua negara tersebut telah menyebabkan mereka kehilangan komoditi dan mengakibatkan harga makanan melambung tinggi dan sekaligus menimbulkan keraguan terhadap masa depan keselamatan makanan di seluruh dunia, terutamanya di negara-negara miskin.

Lebih memburukkan keadaan adalah apabila kerajaan India telah mengumumkan larangan terhadap mengeksport gandum akibat fenomena gelombang haba yang dialami oleh negara tersebut dan larangan ini berkuat-kuasa serta merta.

Negara pengeluar gandum kedua terbesar dunia itu berkata, lonjakan harga global akibat peperangan Rusia-Ukraine dan hasil tanaman yang rendah berpunca daripada suhu ekstrem yang melanda negara tersebut telah mempengaruhi keputusan larangan tersebut.

Jika semua negara melaksanakan sekatan eksport atau penutupan pasaran kepada negara luar, ia akan memburukkan lagi krisis yang dihadapi di seluruh dunia.

Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, stok bekalan gandum dunia akan berkuramngan sebnayak 12 juta tan metrik ekoran daripada masalah yang berlaku pada negara-negara pengeluar utama gandum dunia.

Selain itu, beliau turut berkata Ukraine bakal menaikkan stok gandum daripada sejuta kepada 6 juta tan metrik pada tahun ini. India turut menegaskan untuk memenuhi defisit gandum dunia namun disebabkan peningkatan suhu yang tidak dijangka, negara tersebut terpaksa menghentikan eksport gandum buat masa ini.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini