23.1 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Perang Ukraine: Rusia Hentikan Bekalan Gas Kepada Poland,Bulgaria

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Tindakan Rusia menghentikan bekalan gas kepada Poland dan Bulgaria telah memberi ancaman kepada eropah. Hal ini berlaku selepas keengganan negara untuk mengikut permintaan presiden Rusia, Vladimir Putin untuk pembayaran menggunakan Rubel.

Gazprom PJSC Rusia, selaku pembekal gas terbesar di eropah telah menghentikan bekalan gas mereka kepada Poland dan Bulgaria sehingga kedua-dua negara tersebut bersetuju melakukan pembayaran menggunakan matawang Rusia, Rubel.

Sumber gambar: AlJazeera

Akibat daripada ketegangan antara Rusia dan Eropah ini telah menyebabkan harga gas eropah naik lebih daripada 20% berbanding bulan sebelumnya. Hal ini boleh menjadi lebih parah sekiranya ketengangan ini terus berlanjutan.

Harga paras di Belanda telah melonjak sebanyak 24% menjadikan harga 127,50 € per megawatt/jam dan ianya merupakan harga yang tertinggi sejak 1 April. Harga ini dijangkakan akan diperdagangkan 13% lebih tinggi pada pagi di London.

Keadaan ini semakin memberi tekanan yang tinggi kepada pemerintah di Eropah dan bank sentral kerana krisis inflasi yang semakin memuncak di hampir kebanyakkan negara di Eropah.

Jika ketegangan ini berterusan, risiko untuk peningkatan kos sara hidup dan krisis ekonomi yang lain akan turut akan berlaku meluas di seluruh negar-negara Eropah.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini