24.1 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Kepentingan Skor Kredit Yang Baik

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Skor kredit merupakan skor yang akan menilai sejarah kewangan anda di institusi kewangan.

Skor kredit juga digunakan untuk menentukan sama ada anda layak untuk berurusan dengan mereka atau tidak.

Sama seperti resume yang anda perlukan sebelum memohon pekerjaan, anda juga perlu memeriksa kesihatan kewangan anda sebelum memohon pinjaman daripada institusi kewangan.

Tanpa disedari skor kredit sangat mempengaruhi kehidupan anda terutamanya keputusan dari segi pengurusan kewangan.

Penarafan skor kredit yang baik dinilai melalui jumlah bilangan pinjaman dan kad kredit yang anda telah ambil dan pembayaran balik secara konsisten.

Dalam laporan ini juga anda boleh menyemak tabiat pembayaran balik pinjaman anda dan menyemak semula apa-apa bayaran yang terlepas pandang yang boleh menjejaskan kesan pada skor anda.

Laporan ini juga akan memberitahu anda jika terdapat sebarang tuntutan undang-undang aktif yang diambil terhadap anda.

Segala sejarah kredit anda disimpan dan boleh di jejak oleh pengkalan data yang dimiliki oleh Bank Negara Malaysia yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Sumber gambar : pexels

Cara meningkatkan skor kredit

1. Dapatkan kad kredit seawal mula bekerja

Kelebihan yang anda boleh dapat jika memiliki kad kredit seawal mula bekerja adalah anda berpeluang membina sejarah skor kredit yang lebih panjang. Hal ini akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman jika anda sudah lama bekerja.

2. Membuat pembayaran bil atau hutang kad kredit tepat pada masanya

Untuk mendapatkan skor kredit yang baik, anda perlu membayar semua hutang kad kredit anda sebelum due date untuk mengelakkan kesan yang buruk pada skor kredit anda.

Untuk mengelakkan penggunaan kad kredit secara berlebihan, anda boleh cuba menghadkan penggunaan kad kredit anda kepada perkara yang utama seperti minyak kereta, tol dan sebagainya.

3. Pastikan penggunaan kad kredit tidak melebihi 30% dari had kad kredit

Sebagai contoh had kad kredit anda RM 5000 sebulan. Jadi 30% dari had kad kredit anda adalah RM 1500 sebulan. Anda hanya boleh menggunakan kad kredit dalam lingkungan 30% ini sahaja untuk mengelakkan kegagalan pembayaran semula hutang kad kredit anda kelak.

4. Selesaikan segala hutang dengan segera

Skor kredit akan terkesan jika anda mempunyai tabiat pembayaran pinjaman atau hutang yang sambil lewa.

Skor kredit yang buruk akan menyebabkan anda sukar untuk mendapatkan bantuan dari mana-mana bank.

Sesukar mana pun kehidupan dibelenggu jerat hutang ini, anda perlu berusaha untuk menyelesaikan segala hutang yang anda miliki dengan segera.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini