22.4 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Kawal Perbelanjaan! “Biar Papa Asal Bergaya”

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Dari kecil lagi kita sering mendengar pesanan orang-orang tua kita “Berjimat amalan mulia“. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana perbuatan berjimat ini boleh dijadikan amalan yang mulia?

Dari berjimat-cermat, kita boleh mengelakkan diri dari dibebani hutang dan dari situ kita boleh tingkatkan kesenangan dari segi kewangan. Dengan kesenangan tersebut kita dapat membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

Namun masih ramai yang terleka dan mengabaikan sikap berjimat-cermat ini. Disebabkan terlalu mengikut trend dan memperdulikan orang berkata, ramai yang mengalami masalah pengurusan kewangan terutamanya golongan muda yang baru mula bekerja dan memulakan kehidupan.

Jadi bagaimana anda patut lakukan untuk berjimat dalam perbelanjaan? Berikut merupakan perkara asas yang anda boleh praktikkan untuk berjimat.

Peraturan Bajet 50/30/20

Kenapa perlu membuat bajet dalam perbelanjaan? Kerana bajet merupakan blueprint yang anda perlu patuh dalam mengawal perbelanjaan. Panduan yang anda boleh cuba dalam mengawal perbelanjaan adalah peraturan 50/30/20.

  • 50% untuk KEPERLUAN
  • 30% untuk KEINGINAN
  • 20% untuk SIMPANAN

Jika anda ikut panduan ini dengan disiplin, pasti anda mampu mengubah cara berbelanja dan anda tidak mungkin akan berbelanja lebih kerana anda tahu perkara yang perlu dilakukan setiap kali anda mendapat gaji setiap bulan.

Jangan OVERSPEND Semasa Berbelanja

Nak berjimat dalam berbelanja sangat mudah. Anda hanya perlu berbelanja bila perlu dan jangan terlebih berbelanja.

Cara yang mudah yang anda boleh cuba adalah dengan anda boleh segera masukkan 20% dari pendapatan anda ke akaun simpanan setiap kali anda menerima gaji bulanan anda.

Anda perlu selesaikan semua komitmen yang utama pada minggu pertama selepas menerima gaji bulanan anda.

Setelah selesai semua komitmen tersebut, anda hanya tinggal lebih kurang 30% dari pendapatan anda. Anda hanya terhad berbelanja dengan jumlah baki ini dan tidak mungkin berbelanja lebih.

Elakkan Mindset ” Bayar Nanti

Sekiranya anda memiliki hutang kad kredit atau hutang runcit yang banyak, anda perlu elakkan mindset seperti ini dalam diri anda.

Pemikiran seperti ini akan menyebabkan pengurusan kewangan anda akan menjadi lebih teruk dan lebih membimbangkan boleh membawa kearah muflis dek kerana bebanan hutang yang melampau.

Anda perlu mempunyai disiplin untuk melangsaikan segala hutang yang ada. Anda juga boleh cuba cara mengasingkan dana untuk melangsaikan hutang terlebih dahulu sebelum melakukan perbelanjaan untuk barang keinginan.

Jadi dengan berjimat juga anda boleh merancang kewangan anda dengan baik agar dapat melunaskan segala bebanan hutang yang anda miliki dengan segera tanpa perlu mengikat perut pada hujung bulan.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini