24.1 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Elon Musk : SpaceX Sedia Terima DOGE

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Elon Musk telah membuat pengumuman atas kebenaran penggunaan pembayaran DOGE untuk langganan Starlink.

Sebelum ini pemilik syarikat pengeluar kenderaan elektrik Tesla itu, telah menerima Dogecoin (DOGE) sebagai pembayaran untuk pembelian barangan dari syarikat tersebut. Rancangan ini diteruskan, selepas beliau umum pilihan pembayaran tersebut untuk syarikat penerokaan angkasa lepasnya, SpaceX.

CEO kepada SpaceX dan Tesla, Elon musk, telah menjadi peminat setia kepada ekosistem DOGE sejak 2019. Musk juga telah mendedahkan minatnya terhadap ekosistem tersebut secara terbuka dan menerima pembayaran menggunakan memecoin tersebut di seluruh perusahaan berbilion dolar.

Sejak itu sebarang tweet berkenaan DOGE yang dikeluarkan oleh Musk akan memberi kesan positif ke atas harga pasaran DOGE kerana pelabur kripto tersebut cuba untuk mendapatkan keuntungan dari berita yang digembar-gembur itu.

Namun sebaliknya yang berlaku kepada pendedahannya baru-baru ini mengenai rancangan SpaceX untuk menerima pembayaran DOGE. Pendedahan tersebut tidak memberi kesan yang ketara terhadap harga memecoin itu ketika pasaran kripto yang sedang lemah.

Menurut data dari CoinMarketCap dan TradingView menunjukkan DOGE telah kehilangan nilai lebih 55% antara 8 Mei sehingga 13 Mei, dan didagangkan pada $0.08137 pada waktu penulisan.

Sumber gambar : Tradingview

Untuk butiran lanjut berkenaan pilihan pembayaran baharu tersebut boleh semak di laman web rasmi SpaceX. Untuk barangan Tesla , pelanggan perlu mempunyai ‘Dogecoin Wallet‘ untuk sebarang pembelian menggunakan DOGE. Terdapat juga kod QR yang boleh diimbas terus oleh pembeli ke ‘Dogecoin wallet‘ mereka untuk memindahkan kripto yang diperlukan dan menyelesaikan pembayaran.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini