27.8 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Faktor Harga Bitcoin naik dan Turun dengan cepat

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Sejak kali pertama matawang digital ini dikeluarkan pada tahun 2009, dilihat harga matawang digital ini sangat cepat naik dan turun. Hal ini menimbulkan tanda tanya kepada ramai pelabur yang melabur untuk matawang digital tersebut.

Pada tahun 2017, harga untuk pasaran matawang digital tersebut pernah mencapai sehingga USD 20000 untuk 1 Bitcoin.

Namun pada akhir tahun 2017, harga Bitcoin jatuh sehingga paras USD 3000 untuk 1 Bitcoin. Terkini direkodkan harga Bitcoin telah mencecah USD 40000 dan sekaligus menjadi penanda aras tertinggi sejak matawang digital ini diperkenalkan.

Persoalannya sekarang ini adalah apakah faktor yang menyebabkan harga Bitcoin ini cepat naik dan turun?

Jom kita lihat faktor yang menyumbang kepada kenaikan dan penurunan harga Bitcoin ini.

Jumlah Bitcoin yang terhad

Jumlah pengeluaran Bitcoin yang dikeluarkan adalah sangat terhad. Pengeluarannya hanya berjumlah 21 juta dan pengeluarannya juga tidak secara sekaligus.

Ini menyebabkan pengeluaran Bitcoin adalah sangat terhad dan ianya mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai untuk memilki matawang digital tersebut walaupun ‘secebis’ Bitcoin.

Permintaan yang tinggi

Disebabkan pengeluaran Bitcoin yang sangat terhad dan permintaan yang tinggi dalam pemilikan matawang digital ini, sekaligus ianya menyumbang kepada kenaikan harga Bitcoin.

Jika dilihat dalam teori ekonomi, harga sesuatu yang sangat terhad akan meningkat naik apabila berlaku permintaan yang tinggi terhadap sesuatu.

Namun jika ianya sudah tidak laku dimata orang ramai dan permintaan semakin rendah, maka ramai yang akan bertindak untuk menjualnya walaupun terpaksa menampung kerugian yang besar.

Keadaan politik dan ekonomi

Berita mengenai penerimaan Bitcoin sebagai alternatif kepada matawang bagi negara jepun telah memberikan impak yang positif di seluruh dunia.

Berita berkenaan telah mendapat liputan yang hebat dan meluas di seluruh dunia. Namun sebaliknya yang berlaku di negara China dan Korea Selatan apabila kedua-dua negara tersebut mula menyekat perdagangan Bitcoin di negara mereka.

Hal ini menyebabkan, pelabur dari kedua-dua negara tersebut terpaksa melepaskan pegangan mereka.

Peranan berita terhadap harga Bitcoin

Sebarang berita berkaitan Bitcoin atau matawang kripto yang lain sama ada positif ataupun negatif akan mempengaruhi pergerakan harga Bitcoin dan matawang kripto yang lain.

Hal ini kerana Bitcoin dan matawang kripto yang lain tidak bergantung kepada apa-apa aset fizikal tetapi bergantung sepenuhnya kepada kepercayaan pengguna semata-mata.

Jika kepercayaan orang ramai terhadap Bitcoin tinggi, maka nilainya turut meningkat tinggi, dan begitulah sebaliknya.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini