23.6 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Gempar! Kemaskini Terbaharu Dalam Brave Browser Bakal Menyokong Solana (SOL)

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Pelayar Internet Brave Browser menjadikan pembelian kripto lebih mudah untuk dibeli melalui wallet features mereka. Pelayar web privasi tersebut dilihat terus berusaha untuk ke arah Web3.

Pada kemaskini versi 1.39 akan didatangi dengan sokongan untuk rantaian blok Solana, termasuk token SOL dan token-token Solana Program Library (SPL).

Selain itu, dalam kemaskini terbahru ini membolehkan Brave wallet digunakan untuk membeli, menjual dan menyimpan token SOL serta token SPL melalui platform pembayaran, Ramp.

Dengan adanya Ramp ini membolehkan pengguna membeli kripto secara terus melalui Brave Wallet mereka tanpa perlu membeli pada platform pertukaran seperti Coinbase atau Binance dan memindahkannya ke dompet.

Brave turut mengembangkan utiliti token ganjaran kriptonya iaitu Basic Attention Token (BAT). Pengguna Brave boleh memperolehi BAT dengan melihat iklan ketika melayari laman sesawang. Menurut Brave juga, BAT mempunyai lebih daripada 55 juta pengguna aktif setiap bulan.

BAT juga mempunyai keserasian dengan Ethereum dan Ethereum Virtual Mechine (EVM) yang boleh di-wrapped dan digunakan sebagai token SPL jika dipindahkan menerusi penghubung Wormhole Solana.

Pemegang BAT juga berpeluang menggunakan token untuk berjual beli non-fungible token (NFT) pada Magic Eden yang dibangunkan di Solana.

Kadar yuran Solana yang rendah dan transaksi yang pantas menjadi sebab mengapa Brave bekerjasama dengan rantaian blok tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini