26.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Gempar! Terra (Luna) Jatuh Menjunam

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

TerraUSD (UST) dan Luna merupakan token asli untuk rangakaian Terra dan merupakan koin yang berasaskan blockchain yang dibangunkan oleh Terra Labs yang bertapak di Korea Selatan.

Projek blockchain Terra ini membolehkan pembangun mencipta blockchain mereka dan aplikasi yang terdesentralisasi (decentralised).

Ekosistem Terra dilihat telah berkembang secara mendadak dan permodalan pasaran UST dilihat telah meningkat daripada $180 juta pada awal 2021 kepada hampir $15 bilion pada mac 2022. Manakala harga Luna meningkat sebanyak 138 kali ganda dari harga UST.

Stablecoin UST dan Luna merupakan sebahagian daripada blok Terra. Coin UST pula dicipta untuk mengekalkan nilaian $1 untuk setiap masa.

Namun pada Isnin 9 Mei 2022, nilaian untuk UST telah jatuh sebanyak 17 sen. Hal ini turut berlaku kepada nilai harga Luna dan menjadikan ini merupakan kejatuhan nilai kripto yang paling dahsyat yang pernah direkodkan.

Harga Coin tersebut jatuh daripada $116 pada bulan April yang lepas kepada $0.01 pada hari khamis lepas. kali terakhir penurunan ini berlaku adalah kepada memecoin yang bermodal kecil. Namun, perkara seperti ini tidak pernah berlaku kepada koin yang besar seperti Luna yang mempunyai had pasaran melebihi $40 bilion pada bulan lepas.

Luna Foundation Group (LFG) dilapor mempunyai rizab Bitcoin bernilai sekitar $2.3 bilion. Sekiranya berlaku depegging, rizab tersebut akan dijual dan akan digunakan untuk membeli semula UST sehingga nilainya menjadi $1. Persoalannya mengapa ia tidak berjaya?

Terdapat beberapa persoalan bagaimana LFG menggunakan wang tersebut. Dilaporkan pada 9 Mei, bitcoin bernilai kira-kira $1.6 bilion telah dipindahkan ke dompet LFG kepada Gemini (sebuah pertukaran kripto). Selain itu, kira-kira $875 juta lagi telah dilapor dipindahkan ke dompet Binance. Namun tiada laporan apa yang berlaku pada Gemini ataupun Binance.

Kenyataan Kwon ini dibuat sehari selepas rantaian blok Terra diberhentikan. Sebarang jenis transaksi tidak boleh dilakukan buat sementara waktu sehingga rancangan untuk “menyusun semula” ekosistem sedang dijalankan.

Kwon juga telah mencadangkan penyelesaian kepada masalah yang berlaku pada Luna. CEO Terra Labs itu juga mencadangkan untuk mencipta rantaian baharu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini