22.8 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

Kenali Metaverse

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Metaverse merupakan rujukan kepada satu dunia virtual (dunia maya) di mana pengguna boleh berinteraksi dengan pengguna yang lain secara virtual. Pengguna di metaverse juga boleh melakukan aktiviti sama seperti di dunia sebenar.

Sebagai contoh pengguna metaverse boleh bekerja, bermain, berhibur dan berjual beli antara dikalangan pengguna yang lain. Semua aktiviti ini berjaya dilakukan di metaverse adalah dengan bantuan teknologi Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR).

Augmented Reality (AR) adalah merupakan keupayaan untuk memasukkan objek digital ke dalam pandangan kamera dunia sebenar, berdasarkan maklumat mengenai suasana atau situasi yang berada dalam pandangan kamera tersebut.

Manakala, Virtual Reality (VR) pula adalah konsep yang bertentangan diametrik. Ia membolehkan pengguna teknologi ini berada di dalam ruang fiksyen digital atau maya.

Kedua-dua teknologi ini sangat penting dalam perkembangan pembinaan Metaverse.

Istilah metaverse ini pertama kali ditemui di dalam beberapa novel sains fiksyen yang bertajuk Snow Crash yang ditulis oleh Neal Stephenson pada tahun 1993.

Konsep dan idea dunia virtual ini bukanlah pertama kali diperkenalkan kepada dunia. Semenjak kemunculan perkembangan internet pada tahun 1990-an lagi, AOL Instant Messenger merupakan platform media sosial yang terawal muncul.

Platform media sosial tersebut telah menjadi tumpuan utama untuk penggunanya berinteraksi sesama komuniti secara atas talian. Selain itu, perkembangan internet yang pesat juga telah mendorong kepada kemunculan permainan-permainan yang berasaskan dunia virtual. World of Warcraft merupakan permainan yang pertama muncul dan paling berjaya dalam era kepesatan perkembangan internet pada awal tahun 2000-an.

Sejak tularnya pandemik COVID-19, metaverse telah diterima oleh manusia sebagai alternatif kepada tempat hiburan dan perniagaan disebabkan oleh pergerakan yang terhad di seluruh dunia.

Selain itu, Kewujudan metaverse ini menjadi ‘the next big thing‘ untuk masa depan dan kini terdapat banyak syarikat gergasi yang mula membuat pelaburan ke dalam dunia virtual tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini