26.8 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

“Besarkah Risiko Berniaga Forex Ni?”

Mesti Baca

Hebi
Hebi
"LEBIH BAIK RUGI TERLEPAS TRADE DARI RUGI SELEPAS TRADE"

Setiap perniagaan mempunyai risiko yang tinggi, namun sekiranya wang yang anda laburkan itu adalah wang penting bagi anda maka risiko yang dikatakan tinggi tadi boleh diibaratkan cubaan ‘membunuh diri’ dalam ekonomi hidup anda. Seharusnya wang tersebut adalah wang “tepian” dimana kehilangan wang tersebut tidak menjadikan anda menanggung hutang, menangis, menyusahkan keluarga mahupun rakan-rakan anda.
Jangan sekali-kali menggadaikan harta benda untuk dijadikan modal forex.

Mudahkah Forex?

YA..
Ia akan menjadi mudah selepas anda bersusah payah selama bertahun-tahun, itupun bukan sentiasa mudah dan adat berniaga ada pasang surutnya.

Forex Merupakan Platform Untuk Jadi Jutawan & Kaya Raya?

Ye betul. Ianya tidak mustahil, tetapi ianya saaaaaaaaaaaaaaaaangat sukar untuk direalisasikan. Forex bukanlah skim cepat kaya.

Ramai yang gagal forex kerana trade nak cepat kaya, bukan untuk cari makan.

Kenapa?? Kebiasaan trader baru akan trade dengan rakus, langgar lot dan mengabaikan margin, belasah lot besar-besar, deposit banyak-banyak, full margin, rugi, dan deposit lagi.

Kali ini, deposit untuk cover kerugian, malangnya perkara ini akan berulang-ulang, semakin rugi kerana niatnya untuk membalas dendam dan cover kerugian dalam masa yang singkat.

Semakin lama, trader tersebut semakin terjerumus ke alam pahitnya forex, ketika ini sesal sudah tiada guna modal telah pun habis tangisan mula menjadi rakan karib. Ramai nampak screenshot beribu-ribu, berjuta-juta dan menjadikannya idola, namun ramai tidak sedar yang mereka hanya mampu deposit USD10 sahaja tapi mengingini keuntungan seperti jutawan dalam masa sejam. 🙂

Hanya modal USD 100 boleh dapatkan USD 4 sehari selama 20 hari sebulan.

USD 4 x 20 hari = USD 80 sebulan

Lebih baik daripada rugi USD 100 setiap minggu.
Forex boleh diibaratkan seperti dunia dadah. Sekali anda terjerumus, sukar untuk berhenti. Tanyalah sifu-sifu trader-trader lama, bagaimana ranjau mereka untuk capai tahap mereka? 🙂

Bertahun-tahun menangis ke sana kemari ribuan ringgit dihabiskan. Malangnya, sekarang semua nak belajar forex hari ini. Esok dah boleh withdraw ratus-ratus Dolar. Ini realiti hari ini.

Forex secara asasnya mudah, secara teorinya petik jari nak entry. Tapi praktikalnya amat perit, jadi gila dibuatnya. Apa yang dibaca direbus buat air, semua tidak menjadi.

Untuk terjun dalam forex, sediakan mental, sediakan kewangan yang santai dan set mental degan keuntungan yang logic akal.

Abaikan ribuan ringgit jika nak withdraw 1 Dolar pun tidak mampu.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini