25.5 C
Malaysia
Thursday, April 18, 2024

“Self-Trade” Sebagai Kerjaya?

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Terdapat banyak pilihan kerjaya yang dapat dibina dalam industri ini. Ramai yang terlibat dalam industri ini pada mulanya akan tertumpu kepada “self trade ” sahaja.

Ini kerana tidak banyak pendedahan kepada peluang-peluang lain yang ada. Namun ada juga pedagang yang menyedari peluang yang wujud tetapi mereka seperti terikat minda mereka hanya kepada “self trade ”.

Jika di fikirkan sejenak, kenapa kita berdagang?

Kenapa kita melibatkan diri dalam industri ini?

Apakah tujuan akhir dagangan di lakukan?

Jawapannya akan kembali kepada “mendapatkan wang”. Ini adalah tujuan kenapa pedagang melibatkan diri dalam industri ini.

Sama ada mahu mencapatkan wang tambahan untuk menampung perbelanjaan atau membina satu satu sumber pendapatan sebagai sandaran sekiranya apa-apa berlaku kepada kerjaya tetap atau perniagaan sedia ada mereka. Walau apa pun tujuannya, ia akan berakhir dengan wang.

Jadi disini kita perlu berfikiran terbuka dengan memahami bahawa matlamat akhir adalah mendapatkan wang. Dengan cara tersebut, kita akan lebih terbuka untuk melihat semua peluang yang ada dalam industri kerana bukan semua orang mempunyai peluang untuk menjadi seorang pedagang yang berjaya.

Berikut adalah antara pilihan yang boleh di buat oleh kita untuk membina kerjaya didalam industri ini.

  1. Trader dengan akaun sendiri (self trade)
  2. Pengurus Dana
  3. Penyedia signal (signal provider)
  4. Introducer Broker
  5. Local depositor
  6. Penyedia servis (service provider)
  7. Tenaga pengajar
  8. Penulis blog
  9. Bekerja dengan pihak broker
  10. Youtuber

Ini hanya sebahagian daripada kerjaya yang popular yang dapat dibina dalam industri ini. Namun setiap kerjaya diatas memerlukan kemahiran tersendiri kerana setiap satunya agak unik dan memerlukan individu yang mempunyai personaliti tertentu. Pilihan kerjaya perlulah dibuat berdasarkan minat, personaliti dan kemahiran masing-masing.

Bagi yang lebih gemar bekerja tanpa melibatkan interaksi dengan orang ramai boleh memilih untuk berdagang di akaun sendiri atau menjadi pengurus dana di “prop firm”. Kemahiran berdagang adalah menjadi keperluan utama di sini kerana keuntungan hanya akan dapat dijana melalui kemahiran yang ada.

Self trade atau berdagang di akaun sendiri adalah satu kerjaya yang paling mudah untuk diceburi namun cabaran terbesar adalah untuk menjana keuntungan secara konsisten.

Ianya memerlukan ilmu dan proses pembelajaran juga mengambil masa antara 1 hingga 3 tahun, itu pun belum menjamin kejayaan seseorang pedagang kerana banyak faktor lain yang akan mempengaruhi pedagang itu seperti emosi, tekanan kewangan dan persekitaran.

Apabila seseorang pedagang itu telah mahir dan dapat menjana keuntungan secara konsisten, mereka boleh mula menceburkan diri dengan pengurusan dana pihak ketiga untuk memperolehi modal yang lebih besar.

Dana pihak ketiga ini ada beberapa saluran, antaranya ialah dana dari individu, syarikat, “Proprietary Trading Firm ” dan juga dana yang di perolehi dari pelabur dalam “copy trade ” dan juga “Pamm ”.

Namun setiap satu darinya memerlukan langkah-langkah tertentu sebelum layak untuk berdagang dengan dana-dana tersebut dan ada kelebihan dan kekurangan antara satu dengan yang lain.

Dalam artikel akan datang, akan dikongsikan dengan lebih terperinci berkenaan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memperolehi dana-dana ini.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini