22.8 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Pemilihan Stoploss dan Lokasi Terbaik

Mesti Baca

Hebi
Hebi
"LEBIH BAIK RUGI TERLEPAS TRADE DARI RUGI SELEPAS TRADE"

Ada dua cara utk kita tentukan stoploss, iaitu
1.  PIP (percentage in Point)
2.  USD

1. PIP

Dengan menentukan berapa pips anda sanggup risikokan untuk setiap posisi dagangan anda.

Contoh:

Jika anda tentukan 100 pips stoploss sehari, anda boleh bahagikan kepada beberapa cara, seperti :

10 posisi x 10 pips stoploss

5 posisi x 20 pips stoploss

4 posisi x 25 pips stoploss

3 posisi x 33 pips stoploss

2 posisi x 50 pips stoploss

1 posisi x 100 pips stoploss

Jika kesemua stoploss diatas disentuh harga pasaran akan mengalami jumlah kerugian pips yang sama iaitu 100 pips stoploss. Terpulang pada anda untuk meletakkan semua posisi dan berlapisan dalam 1 sesi dagangan atau hanya satu posisi dalam satu satu masa dagangan.

Contohnya jika kita memilih 10 posisi x 10 pips stoploss, anda boleh memilih sama ada meletakkan 10 posisi dalam 1 sesi atau melakukan 10 sesi dengan 1 posisi sahaja.

2. USD

Anda meletakkan stoploss anda berdasarkan risiko ekuiti anda. Pada penulis, ini adalah cara yang lebih baik dari pemilihan stoploss melalui PIP.

Contoh :

Jika anda tentukan hanya 100 USD sahaja untuk rugi dalam sehari atau satu sesi dagangan. Maka, walau bagaimanapun, cara anda meletakkan stoploss, pastikan anda hanya akan mengalami 100usd sahaja kerugian.

1 USD x 100 pips SL = $100

2 USD x 50 pips SL = $100

5 USD x 20 pips SL = $100

0.1 USD x 1000 pips SL = $100

(0.10 usd x 2 posisi) x 500 pips SL = $100

(0.10 usd x 10 posisi) x 100 pips SL = $100

1 usd (10 pips SL) 10 sesi = $100

2 usd (20 pips SL) 5 sesi = $100

Walau bagaimanapun cara anda melakukan posisi, jumlah lot dan atau stoploss, nilai akhir kerugian masih sama, iaitu 100 USD.

Dengan stoploss seperti ini, anda boleh bahagikan kepada beberapa sesi contohnya untuk mengalami kerugian 50 USD pada pagi dan 50 USD malam, atau 20 USD pada beberapa sesi pada hari tersebut.

Cara ini juga boleh diimplimentasikan untuk mingguan. Contohnya 20 USD sehari x 5 hari.

Stoploss bukan hanya pada pips semata-mata,  tapi harus dikira bersama dengan jumlah kerugian yang bakal dihadapi.

3. Lokasi Stoploss yang terbaik

Untuk mengurangkan risiko harga sering melanggar stoploss, ia haruslah berada di seberang support atau resistant (S&R).

Perkara ini sangat penting bagi mengurangkan risiko kerugian.

Saya berikan contoh disini, jika anda menentukan 30 pips sebagai stoploss anda, jarak harga semasa antara S&R haruslah sekurangnya tidak melebihi 10 pips dari S&R terdekat dan 20 pips selebihnya perlu berada diseberang S&R tersebut.

Kebanyakan pedagang baru sering meletakkan stoploss tanpa mengambi kira jarak S&R terlebih dahulu menyebabkan jarak stoploss mereka adalah jarak antara harga semasa dan S&R terdekat.

Contoh untuk 30 pips stoploss :

“SETUP ADA SAMPAI KIAMAT, LEBIH BAIK RUGI TAK MASUK SETUP, DARIPADA RUGI SELEPAS MASUK SETUP.”

Qusyairi @ Hebi Fx



- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini