23.6 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Pengiraan Nilai Pip

Mesti Baca

Ridzuan Rahman
Ridzuan Rahmanhttps://www.radical.my/
Graphs makes me happy. Analyzing them fascinate me.

Dalam artikel yang lepas kita telah menyentuh bagaimana pergerakan pasaran dapat menghasilkan keuntungan atau kerugian kepada seseorang pedagang itu dalam nilaian pip atau point. Artikel berikut akan memberikan gambaran lebih jelas nilaian dalam bentuk wang sama ada untung atau rugi berdasarkan pergerakan pasaran.

Pedagang mungkin pernah berhadapan dengan situasi dimana terdapat perbezaan nilai keuntungan atau kerugian bagi pasangan matawang yang berbeza. Harga sudah bergerak 100 pip tetapi kenapa nilai yang sebelum ini USD100 jika membuka lot 0.1 di standard akaun kini tidak menghasilkan keuntungan atau kerugian yang sama sedangkan pergerakannya tetap 100 pip.

Jawapannya ialah kerana perbezaan rate.

Terdapat 3 rate yg berbeza iaitu:

1) Direct rates – XXX/USD

2) Indirect rates – USD/XXX

3) Cross rates – yang tidak melibatkan USD contoh EUR/GBP, GBP/CHF dan sebagainya.

Tick pula ialah nilai terkecil sama ada 0.0001 @ 0.01

1) Direct rates (XXX/USD)

Formula = Contract x Tick x Volume

Contoh volume posisi dagangan ialah  0.1 lot

100,000 x 0.0001 x 0.1 = 1.0

Nilai wang bagi setiap pip ialah USD1.00

Merujuk kepada contoh dibawah untuk pasangan matawang AUDUSD dengan volume 0.1.

Aktiviti menjual di buat pada harga 0.76407 dan harga semasa ialah 0.75844. Keuntungan yang dijana ialah 56.3 pip atau 563 point:

0.76407 – 0.75844 = 0.00563

0.00563 x 10,000 = 56.3 pip

100,000 x 0.0001 x 0.1 x 56.3

Keuntungan = USD56.3

2) Indirect rates (USD/XXX)

Formula = (Contract x Tick/ current rate) x Volume

Contoh volume posisi dagangan 0.1

(100,000 x 0.0001/ current rate) x 0.1

Nilai per pip = USD1.00/current rate(price)

Merujuk kepada contoh dibawah untuk pasangan matawang USDCAD volume 0.1. Dagangan semasa dengan keuntungan sebanyak 76.3 pip atau 763 point.

(100,000 x 0.0001/1.30616)x 0.1 x 76.3

7.65 x 0.1 x 76.3

Profit = USD58.42

Tick untuk Yen ialah 0.01, jadi untuk USDJPY formula. 100,000 x 0.01/ current rate x volume.

3) Cross Rates (Yang tidak melibatkan USD)

Contract x Tick x base quote/ current rate x Volume

Tick utk Yen ialah 0.01

Base quote ialah currency yg menjadi base.

Contoh EURJPY, base quote ialah EURUSD.

Current rate ialah currency semasa iaitu EURJPY

Contoh volume open post 0.1

100,000 x 0.01 x base quote/ current rate x 0.1

Nilai per pip = 1000 x base quote/current rate x volume

(1000 x 1.1319/127.01) x 0.1

= 8.91 x 0.1 > Nilai per pip = USD0.89

Merujuk kepada contoh di bawah EURJPY volume 0.1. Running profit 68.0 pip atau 680 point.

USD0.89 x 68 = USD60.60

Contoh diatas adalah posisi dagangan yang masih belum ditutup pada masa tersebut.

Semoga artikel ini dapat menjelaskan kenapa terdapat perbezaan keuntungan untuk setiap kategori rate walaupun pergerakan pasaran menghasilkan pip yang sama.

Disclaimer – Kaedah dan cara yang digunakan mungkin tidak 100% sesuai dengan anda kerana saya telah sesuaikan dengan risiko, modal, personaliti dan cara hidup saya. Di sarankan supaya anda menyesuaikannya dengan diri anda sendiri.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini