22.8 C
Malaysia
Saturday, April 27, 2024

Warren Buffet – Insight

Mesti Baca

4 Tips Warren Buffet Dalam Bisnes Pelaburan

Warren Buffet kini berada dalam 5 teratas dalam senarai Forbes, sebagai salah seorang orang terkaya di dunia. Beliau dikenali sebagai “Oracle of Omaha“, membuatkan beliau seorang pelabur yang berjaya di sepanjang zaman. Beliau adalah seorang CEO di Berkshire Hathaway yang juga memiliki 60 buah syarikat dibawahnya seperti syarikat insuran Geico, pembuat bateri Duracell dan restoran besar Dairy Queen.

Kerjasama antara beliau dan rakannya, Charlie Munger yang juga merupakan seorang Chairman di Berkshire Hathaway, telah menghasilkan prestasi yang paling luar biasa untuk pelabur yang pernah direkodkan.

Artikel ini adalah untuk memberi sedikit insight kepada pembaca tentang fakta-fakta yang telah dilakukan oleh dua partnership ini yang membuahkan hasil yang luar biasa untuk syarikat mereka.

Invert, always invert” – Charlie Munger

Charlie Munger menggunakan teknik inversion yang dinspirasikan daripada ahli Matematik dari German, Carl Gustav Jacob Jacobi. Beliau menggunakan teknik ini untuk membuat keputusan yang lebih baik ketika melabur. Teknik ini berkesan kerana beliau melupuskan segala kelemahan dan teknik-teknik melabur yang lemah.

I will not trade even a night’s sleep for the chance of extra profits” – Warren Buffet

Satu perkara yang boleh dilihat pada Warren Buffet and Charlie Munger adalah kebolehan mereka untuk membuahkan untung yang tinggi untuk jangka masa yang panjang. Sesetengah invidividu hanya melihat pada masa jangka masa yang pendek. Pengurusan risiko terus menjadi ciri utama model Berkshire yang membolehkan mereka untuk mengaut untung sambil memastikan risiko yang kerugian rendah.

Time is the friend of a wonderful business, the enemy of the mediocre” – Warren Buffett

Buffet pernah berkata “It’s far better to buy a wonderful company at a fair price than a fair company at a wonderful price.” Untuk beliau, melabur pada syarikat yang mempunyai potensi yang tinggi adalah lebih bagus untuk jangka masa yang lama. Sesuatu bisnes itu tidak akan membesar dalam beberapa hari, walhal ia mampu mengambil bertahun. Jadi adalah lebih selamat dan bagus untuk melabur pada syarikat-syarikat yang berpotensi untuk berjaya pada masa hadapan.

If you own your stocks as an investment, look at them as a business” – Warren Buffett

Buffet mengikuti ajaran mentornya, Benjamin Graham, untuk menganggap sesuatu pelaburan itu sebagai bisnes. Dengan menggunakan buku yang diterbitkan oleh Benjamin Graham berjudul “The Intelligent Investor” sebagai panduan, Buffet melabur kepada pelbagai syarikat yang beliau juga anggap sebagai “side” bisnes.

Pelabur boleh mengikut telunjuk Warren Buffet dan Charlie Munger dan menumpukan pada syarikat berkualiti dan berpotensi tinggi. Kualiti ditakrifkan sebagai pulangan tinggi ke atas modal, pendapatan yang konsisten dan tahap hutang yang rendah, yang sepatutnya membantu syarikat menangani sebarang kelembapan ekonomi.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini