33.3 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Harga Minyak Sawit Malaysia Menjunam

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Kuala Lumpur: Harga minyak sawit mentah Malaysia akan terus kekal lemah sepanjang suku ketiga tahun ini selepas pesaing pengeluar komoditi tersebut, Indonesia, mengumumkan pembatalan levi eksportnya, kata menteri komoditi Malaysia pada Isnin (25 Julai) yang lalu.

(Levi merupakan sejumlah wang yang perlu dibayar kepada pihak berkuasa dan biasanya dikenakan sewaktu darurat)

Pada awal tahun ini, penanda aras harga minyak sawit mentah Malaysia telah meningkat pada paras rekod yang tertinggi. Hal ini disebabkan oleh krisis geopolitik yang berlaku di Rusia dan Ukraine menyebabkan Indonesia membuat larangan sementara terhadap eksport komoditi tersebut.

Namun beberapa minggu kebelakangan ini, harga komoditi tersebut dilihat kembali jatuh menjunam selepas Indonesia mengumumkan pembatalan levi eksportnya.

Sumber gambar: Roof of science

Pembatalan levi eksport untuk semua produk minyak sawit ini berkuat kuasa pada 15 Julai sehingga 31 Ogos. Ianya merupakan langkah percubaan untuk meningkatkan eksport negara tersebut dan mengurangkan inventori yang tinggi. Selain itu, Indonesia turut mempertimbangkan untuk menghapuskan peraturan jualan domestik untuk pengeksport.

” Perkara ini tidak dapat dielakkan memandangkan Indonesia merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia dan dalam usahanya untuk mengeluarkan sebanyak mungkin lebihan minyak sawit daripada simpanan sedia ada,” kata Zuraidah Kamaruddin dalam satu kenyataan.

Kesannya, purata harga minyak sawit mentah bagi suku ketiga diunjurkan antara RM 4,800 ($1,078.41) sehingga RM 5,200 ($1,168.28) satu tan jika pengeluaran yang lebih baik di Malaysia, kata Zuraida Kamaruddin.

Harga minyak sawit mentah Malaysia dijangka meningkat sehingga RM 5,000 sehingga RM 5,500 satu tan pada suku keempat dengan penyambungan semula levi eksport di indonesia dan jangkaan penurunan dalam pengeluaran.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini