28.3 C
Malaysia
Thursday, April 25, 2024

Headset Virtual Reality Kegilaan Ramai

Mesti Baca

Headset VR terbaik yang mungkin sesuai untuk anda.

Apa itu Headset VR?

Headset Virtual Reality (VR) ialah teknologi yang membolehkan anda untuk merasa kehidupan di realiti maya. Headset VR biasanya digunakan untuk permainan video atau simulator.

4 pilihan terbaik Headset VR:

Sumber gambar: https://www.popularmechanics.com/

Meta Quest 2

Meta Quest 2 dinaik taraf daripada versi sebelumnya, Oculus Quest 2, untuk harga yang lebih berpatutan. Harganya dianggarkan bermula dari RM1,399 hingga ke RM2,999 bergantung kepada saiz storan iaitu 128GB dan 256GB yang juga boleh disertakan dengan storan tambahan. Dengan LCD baharu pada 1832 x 1920 setiap mata, Quest 2 menawarkan kejelasan yang luar biasa untuk harga yang lebih murah.

Kelebihan: Tidak memerlukan perkakasan dan kabel tambahan, namun kabel boleh digunakan untuk menyambung ke PC untuk kuasa tambahan. 

Kelemahan: Kurang berkuasa, hayat bateri yang singkat dan memerlukan log masuk akaun Facebook.

Sumber gambar: https://fossbytes.com/

Valve Index

Valve index menawarkan beberapa visual terbaik berbanding headset VR yang lain, dengan resolusi paparan yang menyamai Vive Pro, Quest dan Odyssey+ tetapi dipasangkan dengan kadar refresh rate 120Hz (sehingga 144Hz dalam mod percubaan). Valve index menggunakan bahan berkualiti tinggi yang dipilih dengan teliti, dengan pengagihan berat yang terbaik. Satu lagi ciri unik ialah pengawal baharunya, yang mempunyai motion hand/finger tracking untuk imersi yang lebih realistik dan ia juga diikat pada tangan anda—bermakna anda boleh lepas sepenuhnya tanpa perlu risau tentang menjatuhkannya. Headset ini berharga antara RM5,000.00 – RM6,500.00 untuk set penuh.

Kelebihan: Dianggap alat terbaik di kalangan headset VR, sangat selesa dipakai, mempunyai kadar refresh rate 120Hz yang memberikan gerakan lancar dan ia merupakan pengawal imersif yang unik dengan penjejakan jari/tangan.

Kelemahan: Sangat mahal dan kabel yang banyak

Sumber gambar: https://www.vive.com/

Vive Pro 2

Vive Pro 2 ialah headset VR resolusi tertinggi yang pernah dilihat, dengan harga yang sepadan dengan pasaran yang sedia ada. Dengan 2,448 kali 2,448 pixel, Vive Pro 2 mempunyai gambar yang sangat tajam. Ia juga berfungsi dengan SteamVR sama seperti Meta Quest 2 dan mempunyai kedai perisian VR sendiri dalam bentuk Viveport. Harga dianggarkan antara RM4,000.00 – RM8,000.00 di pasaran bergantung kepada set up.

Kelebihan: Ia mempunyai resolusi terbaik untuk permainan VR dengan penjejakan gerakan lancar dan ia boleh bercampur dan dipadankan pada komponen yang serasi.

Kelemahan: Sangat mahal, mengambil masa untuk persediaan yang teliti untuk mengelakkan masalah teknikal. Ia juga mudah menjadi panas jika digunakan untuk jangka masa yang lama.

Sumber gambar: https://www.pcmag.com/

HP Reverb G2

Headset HP Reverb G2 VR menawarkan pengalaman yang lebih selesa dan boleh dipercayai berbanding versi sebelumnya, sambil mengekalkan gambar tajam yang sama dengan harga yang berpatutan. Ia lebih mahal berbanding dengan Meta Quest 2, tetapi ia lebih berpatutan dan lebih mudah untuk disediakan berbanding Valve Index. Ia juga mempunyai resolusi tinggi dengan 2,160 kali 2,160 pixel.

Headset ini menarik jika anda ingin mencuba permainan VR tanpa membezair wang yang banyak. Harganya dianggarkan antara RM3,000.00 – RM3,500.00. Ia juga menggunakan penjejakan berasaskan kamera, jadi anda tidak perlu menyediakan stesen pangkalan seperti yang anda lakukan dengan Index atau Vive Pro 2

Kelebihan: Ia mempunyai persediaan yang mudah, resolusi tinggi dengan harga yang berpatutan dan ia berfungsi dengan SteamVR.

Kelemahan: Jauh lebih mahal daripada Oculus Quest 2, walaupun dengan kabel pilihan untuk disambungkan pada PC dan penjejakan berasaskan kamera sering mempunyai masalah teknikal.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini