27.4 C
Malaysia
Tuesday, April 23, 2024

KDNK Global ‘Tenat’- Impak Sekatan Atas Rusia.

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Presiden Bank Dunia, David Malpass, telah berkata bahawa sekatan yang dikenakan oleh barat ke atas Rusia bakal memberi impak yang mendalam kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia.

Sekatan yang dikenakan ke atas Rusia ni adalah sebagai tidak balas Amerika Syarikat dan sekutunya terhadap serangan yang dilakukan oleh Rusia ke atas Ukraine.

Rusia melancarkan operasi khas ini di Ukraine adalah kerana memberi bantuan kepada republik rakyat Donetsk dan Luhansk untuk mempertahankan diri daripada tindakan tentera Ukraine.

Menurut Kementerian Pertahanan Rusia, operasi tersebut tidak menyasarkan kepada penduduk awam namun hanya bertujuan untuk memusnahkan infrastruktur ketenteraan di Ukraine.

Ekonomi global dijangka sedang menuju ke stagflasi iaitu inflasi yang lebih tinggi dan pertumbuhan yang lebih rendah akibat konflik Rusia-Ukraine

Kesan daripada konflik antara Rusia-Ukraine ini telah menyebabkan harga minyak global melonjak ke paras tertinggi sejak 2014, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap inflasi global.

Januari lalu, International Monetary Fund (IMF) telah mengurangkan jangkaan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia tahun ini kepada 4.4 peratus, separuh mata lebih rendah berbanding jangkaan asal. Pengurangan ini adalah disebabkan oleh gelombang baharu COVID-19 yang berlaku kepada dunia.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini