24.1 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Ciri-Ciri Utama Keselamatan Blockchain

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Terdapat banyak ciri yang terbina dalam teknologi blockchain ini seperti urus niaga matawang kripto, rekod tanah dan banyak lagi.

Banyak sektor sedang menilai teknologi blockchain ini untuk diguna pakai dalam perniagaan mereka. Teknologi blockchain juga berpotensi untuk memudahkan proses perniagaan dan memberi mereka akses kepada prestasi dan keselamatan yang dipertingkatkan.

Berikut merupakan ciri-ciri keselamatan yang terdapat di dalam teknologi blockchain:

Diedarkan (Distributed)

Di dalam rangkaian blockchain, rekod dan data akan diedarkan dan diagihkan secara sama rata di kalangan semua rakan perniagaan.

Selain itu, peserta boleh mengesahkan butiran secara bebas tanpa campur tangan daripada kuasa berpusat.

Tidak boleh diubah

Semua urus niaga di dalam rangkaian blockchain tidak boleh diubah dan kod penyulitan diperlukan untuk setiap urus niaga dengan meliputi tarikh,masa dan maklumat pengirim dan penerima.

Mekanisme konsensus

Mekanisme konsensus atau dikenali sebagai algoritma konsensus merupakan proses membuat keputusan untuk sesebuah kumpulan, di mana individu di dalam kumpulan membina dan menyokong keputusan yang paling sesuai untuk peserta yang lain di dalam kumpulan tersebut.

Ia merupakan satu bentuk resolusi di mana individu perlu menyokong keputusan majoriti, sama ada mereka suka atau tidak.

Dua orang programer IT Profesional Membincangkan reka bentuk dan pembangunan seni bina rangkaian data Blockchain ditunjukkan pada paparan komputer desktop. Jabatan Teknikal Pusat Data bekerja dengan rak pelayan

Digital Signature

Proses pengesahan transaksi dalam teknologi blockchain dikenali sebagai Digital Signature.

Digital Signature ialah teknik yang digunakan untuk mengesahkan ketulenan mesej, perisian, maklumat sulit atau dokumen digital.

Ianya merupakan sejenis tandatangan tulisan tangan digital atau meterai bercop, tetapi ia menawarkan lebih keselamatan dan privasi. Tandatangan digital digunakan bertujuan untuk menyelesaikan masalah penipuan dalam komunikasi digital.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini