34.5 C
Malaysia
Saturday, July 27, 2024

Adakah Blockchain Selamat Untuk Digunakan?

Mesti Baca

Mohd Haudli
Mohd Haudli
Crypto is my passion. More like my middle name.

Seperti yang kita semua tahu, Bitcoin merupakan matawang digital yang dicipta dengan menggunakan teknologi blockchain. Bitcoin dicipta dan digunakan untuk tujuan kewangan, manakala teknologi blockchain pula diaplikasikan dalam pelbagai bidang.

Kini teknologi blockchain ini sudah diiktiraf oleh pelbagai industri sebagai sesuatu teknologi yang hebat selepas penciptaan Internet.

Namun persoalannya sejauh mana keselamatan teknologi blockchain ini?

Jom kita meneroka dengan lebih lanjut berkaitan teknologi blockchain ini.

Sumber Gambar: Flexiple

Bagaimana Blockchain berfungsi

Teknologi blockchain bergantung kepada rangkaian terdesentralisasi (decentralised) dan bukannya hanya satu pelayan.

Blockchain menggunakan lejar terdesentralisasi atau diedarkan yang wujud pada hos komputer bebas yang dipanggil sebagai nod. Nod digunakan untuk menjejak ,mengumumkan dan menyelaraskan transaksi yang disegerakkan.

Setiap nod dalam blok terdestralisasi sentiasa menyusun data baharu ke dalam blok dan merantainya bersama-sama dalam mod “tambah sahaja”. Struktur “tambah sahaja” ini merupakan bahagian penting dalam keselamatan blockchain.

Tiada pihak daripada mana-mana nod boleh mengubah atau memadam data pada blok terdahulu namun hanya boleh menambah pada blok.

Perkara yang menjadikan Blockchain selamat?

Teknologi blockchain merupakan struktur asas kebanyakan sistem matawang kripto dan melalui teknologi ini dapat menghalang wang digital jenis ini daripada dimusnahkan atau disalin (duplicated).

Jaminan keselamatan blockchain adalah melalui pelbagai mekanisme termasuk kriptografi dan model matematik tingkah laku dan membuat keputusan.

Rantaian blok ini disimpan di rangkaian awam yang terdiri daripada sejumlah nod

Keselamatan Blockchain: Blok berpusat

Blockchain boleh di bahagikan kepada tiga teras strategi:

  • Kriptografi
  • Terdesentralisasi (decentralised)
  • Konsensus

Ketiga-tiga teras ini merupakan langkah yang digunakan untuk meningkatkan keselamatan data atau rekod di dalam blok daripada diubah atau digodam.

Jika berlaku sebarang pengubahan atau cubaan mencuri data di dalam sesebuah blok, penggodam tersebut dikehendaki menukar keseluruhan blok yang mengandungi rekod blockchain.

Peserta di dalam rangkaian juga mempunyai kunci keselamatan yang diberikan sebagai kunci transaksi muktamad yang bertindak sebagai tandatangan digital yang diperibadikan.

Jika berlaku sebarang pengubahan rekod atau data, tandatangan digital ini tidak sah digunakan dan sebarang serangan akan dikesan oleh rangkain yang sepadan serta-merta.

Pemberitahuan dan makluman awal adalah penting untuk mengelakkan sebarang serangan atau kerosakan yang bakal berlaku.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini