22.9 C
Malaysia
Friday, March 29, 2024

Shinzo Abe: Bekas Pemimpin Jepun Dibunuh Ketika Memberi Ucapan

Mesti Baca

Bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah meninggal dunia di hospital selepas beliau ditembak pada satu acara kempen politik.

Abe ditembak dua kali ketika beliau sedang memberi ucapan di sebuah jalan di bandar Nara pada pagi Jumaat.

Pegawai keselamatan di tempat kejadian bertindak menangani lelaki bersenjata itu dan menahan seorang suspek berusia 41 tahun.

Beberapa senjata buatan tangan lain, sama seperti yang digunakan dalam serangan itu, telah dirampas selepas pihak polis menggeledah rumah suspek.

Bahan letupan juga ditemui di rumah itu dan polis berkata mereka telah menasihatkan penduduk supaya mengosongkan kawasan itu.

Penembak yang disyaki bernama Tetsuya Yamagami memberitahu dia berdendam terhadap kumpulan tertentu yang dipercayai terlibat dengan Abe, kata polis. Mereka kini sedang menyiasat mengapa bekas PM itu menjadi sasaran utama Yamagami.

Ditanya oleh seorang anggota media Jepun sama ada niat lelaki bersenjata itu adalah untuk membunuh Abe dan pihak polis hanya menyatakan bahawa Encik Yamagami mengaku menembak bekas PM itu.

Perdana Menteri Fumio Kishida mengecam serangan itu dan berkata “tindakan kekejaman yang berlaku semasa pilihan raya – asas demokrasi kita – dan sememangnya tidak boleh dimaafkan,”.

Abe mengalami dua luka tembakan di lehernya semasa serangan itu, dan juga mengalami kerosakan pada jantungnya, kata doktor.

Beliau dikatakan sedar dan responsif beberapa minit selepas serangan itu, bagaimanapun keadaan lelaki berusia 67 tahun itu semakin tenat.

Doktor berkata tiada tanda vital dikesan semasa bekas perdana menteri itu dipindahkan untuk rawatan. Abe menerima lebih daripada 100 unit darah dalam pemindahan selama empat jam, sebelum beliau disahkan meninggal dunia.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini