22.5 C
Malaysia
Saturday, April 20, 2024

SKS Airways Penerbangan Baru

Mesti Baca

SKS Airways ialah syarikat penerbangan komersial terbaharu di Malaysia yang telah ditubuhkan pada 13 November 2017 dan merupakan salah satu syarikat di bawah SKS Group. SKS Group telah bermula sejak tahun 1983 dan sebuah organisasi yang menguruskan pelbagai urusan yang merangkumi pembangunan hartanah, pegangan pelaburan, hospitaliti dan juga kewangan kredit di Malaysia dan Australia.

Syarikat Penerbangan SKS Airways Sdn Bhd telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) secara penuh oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkuatkuasa pada 1 Januari 2022.

Menurut satu kenyataan daripada Pengarahnya, Datuk Rohman Ahmad berkata, dengan memiliki ASL, SKS Airways kini secara rasmi boleh memulakan perniagaan dan bersedia untuk melancarkan operasi penerbangan dalam masa terdekat.

Menurut beliau, masa yang sukar untuk industri penerbangan dan pelancongan adalah dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Namun demikian pihak mereka menjangkakan bahawa peluang akan mula terbuka secara perlahan-lahan.

Pihak SKS Airways juga telah bekerja keras dalam tempoh untuk memperkenalkan syarikat dan mereka memfokuskan kepada destinasi laluan yang tidak mendapat liputan dan kurang mendapat perkhidmatan. Menurutnya juga, SKS Airways tidak sabar untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan akan mengekalkan tahap kebersihan dan keselamatan yang tertinggi.

Bagi pelanggan yang ingin mencuba perkhidmatan SKS Airways, boleh membuat tempahan di www.sksairways.com.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini