23.4 C
Malaysia
Friday, April 26, 2024

Semua yang anda perlu tahu mengenai ETHEREUM

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Ethereum merupakan satu platform yang berasaskan teknologi blockchain dan dipopularkan untuk penggunaan mata wang kripto aslinya yang dikenali sebagai ETH, ether atau Ethereum.

Tidak seperti Bitcoin atau wang virtual yang lain, Ethereum merupakan superkomputer lengkap yang membolehkan kontrak pintar untuk pembangun aplikasi membangun decentralised App (dApp).

Kontrak pintar (Smart contract)

Kontrak pintar merupakan protokol komputer yang membolehkan untuk membuat pengesahan atau penguatkuasaan perundingan kontrak secara digital dengan mudah. Kontrak pintar juga membolehkan anda membuat transaksi tanpa pihak ketiga.

Selain itu, kontrak pintar juga mempunyai syarat-syarat perjanjian antara penjual dan pembeli yang ditulis secara terus dalam garis kod (line of code). Semua kod dan perjanjian ini terkandung di dalam rangkaian blockchain yang terdesentralisasi (Decentralised). Kod tersebut mengawal pelaksanaan kontrak pintar dan transaksi boleh di jejak namun tidak boleh dipulihkan.

Kelebihan pembangun di Ethereum

Ethereum menawarkan platfom yang sangat fleksible untuk membangun aplikasi yang terdesentralisasi (Decentralised App) dengan menggunakan native solidity scripting language dan mesin maya Ethereum (Ethereum Virtual Mechine).

Pembangun aplikasi yang menggunakan kontrak pintar (smart contract) pada Ethereum mendapat manfaat daripada ekosistem yang kaya dengan pekakas pembangun dan mesra pengguna yang datang dengan kematangan protokol.

Sekelompok besar pengguna Ethereum menggalakkan pembangun untuk menggunakan aplikasi pada rangkaian, untuk mengukuhkan lagi Ethereum sebagai platform utama untuk aplikasi terdesentralisasi (Decentralised App) seperti DeFi dan NFT.

Teknologi dan Aplikasi Ethereum

Ethereum juga membolehkan anda mengirim mata wang kripto kepada sesiapa tanpa campur tangan pihak berkuasa pusat.

Ini juga menguatkan lagi aplikasi yang digunakan oleh semua pengguna. Ethereum juga dibina dengan menggunakan inovasi Bitcoin tetapi mempunyai beberapa perbezaan yang besar untuk penggunaan yang lebih meluas.

Kedua-dua mata wang kripto ini membenarkan anda untuk menggunakan wang digital tanpa campur tangan pihak ketiga.

Namun, perbezaan utama Ethereum adalah ianya boleh diprogramkan dan membolehkan anda menggunakan lebih banyak aset digital yang berbeza.

Ethereum juga menjadi akses terbuka kepada wang digital dan perkhidmatan yang mesra data untuk semua orang.

Kini terdapat beribu aplikasi yang terbina melalui Ethereum ini dan selamat digunakan oleh pengguna atas faktor keselamatan yang tinggi.

Bagaimanakah Ethereum berfungsi untuk aplikasi ?

Semua node dalam rangkaian akan melaksanakan semua arahan apabila sesuatu transaksi yang berlaku disebabkan kontrak pintar.

Untuk perkara ini berlaku, Ethereum menggunakan persekitaran pelaksanaan pada blockchain yang dikenali juga sebagai Ethereum Virtual Mechine (EVM).

Kesemua node didalam rangkaian akan menggerakkan EVM sebagai sebahagian daripada protokol blok pengesahan (Block verification protocol). Pada Blok pengesahan pula, setiap node akan menyemak senarai transaksi didalam blok yang telah mendapat pengesahan dan menjalankan kod pada transaksi yang berlaku di dalam EVM.

Kesemua node akan melakukan pengiraan yang sama agar seragam di dalam lejar. Setiap transaksi perlu mengambil kira had gas (gas limit) dan yuran yang sanggup dibayar oleh pengirim untuk transaksi tersebut.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini