22.8 C
Malaysia
Friday, April 19, 2024

NFT: Revolusi Masa Depan Dunia Kripto

Mesti Baca

Raiff Jamali
Raiff Jamalihttps://www.radical.my
Live, eat, sleep & repeat

Sejak awal tahun lepas NFT hangat menjadi sebutan di kalangan komuniti kripto. Terdapat ramai artis digital mengambil peluang ini dengan membangunkan NFT mereka sendiri dan menjualnya di kalangan komuniti kripto ini.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan NFT ini sangat unik dan mencuri tumpuan komuniti kripto itu sendiri.

Pengenalan NFT

NFT adalah akronim kepada Non-Fungible Token yang merupakan aset kriptografi yang dibina menggunakan teknologi blockchain dan token didalam kategori ini tidak sama antara satu sama lain.

NFT ini tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain dan tidak sama seperti mata wang kripto yang lain atau mata wang fiat yang merupakan fungible.

Kebanyakan NFT dibina dalam ekosistem blockchain Ethereum. NFT juga dibina dalam banyak jenis item digital seperti seni, muzik, item permainan video, dan banyak lagi.

Jenis-jenis NFT

1) Seni lukis : Seni lukis merupakan bentuk NFT yang paling terkenal. Terdapat ramai artis digital mengambil peluang menjual karya mereka secara online. Karya seni ini juga merupakan antara NFT yang paling mahal dan bernilai.

Sebagai contoh, karya daripada artis yang bernama Beeple yang bertajuk “EVERYDAY’S: THE FIRST 5000 DAYS” telah dijual pada harga 9 juta US Dollar.

Dilaporkan juga, Volkswagen Malaysia telah berkolabrasi bersama Filamen dalam penghasilan koleksi NFT mereka.

2) Muzik : NFT juga boleh wujud dalam bentuk muzik dan sekaligus membuka peluang kepada pemuzik dan komposer untuk menjana wang melalui dunia kripto ini.

Sejak akhir-akhir ini, terdapat ramai pemuzik dan komposer yang mula menjual hasil karya muzik mereka di dalam bentuk NFT dan mampu menjana jutaan Dollar dalam kiraan jam.

Selalunya pemuzik hanya mampu meraih keuntungan yang sedikit daripada hasil karya mereka kerana pemotongan daripada label platform penstreaman dan label rakaman dalam dunia sebenar.

Namun melalui NFT, pemuzik mampu meraih 100% keuntungan daripada hasil jual karya mereka kerana tiada pihak ketiga yang terlibat dalam penjualan NFT ini.

Hal ini juga, menyebabkan ramai pemuzik telah beralih ke arah pembikinan karya muzik digital dan menjualnya kepada komuniti kripto.

3) Item permainan video : Pembangun permainan video juga tidak terlepas dalam pembangunan NFT yang lebih memfokuskan kepada konten permainan itu sendiri seperti skin, karakter dan item lain.

Kandungan yang boleh di muat turun atau dikenali sebagai Downloadable Content (DLC) turut dijual kepada pemain. Namun demikian, aset NFT yang dibangunkan oleh pembangun permainan video menjadi lebih unik dan eksklusif kepada pembeli NFT tersebut.

Kebanyakkan pembangun permainan video akan menjual konten permainan edisi terhad ini di dalam pasaran NFT.

4) Barang koleksi : Barang koleksi seperti kad dagangan digital (trading card) turut boleh dianggap sebagai NFT. Sama seperti trading card yang asli, pengumpul juga boleh membeli dan memperdagangkan secara virtual di pasaran.

Sama seperti kad dagangan yang asli, sesetengah pemilik kad dagangan digital menjualnya sebagai NFT dengan harga lebih dari 1 juta US Dollar.

Anda juga boleh menjual apa sahaja barangan koleksi pada pasaran NFT bukan sahaja hanya kad dagangan. Jika sesuatu itu dianggap koleksi, tidak salah anda cuba untuk letakkan di pasaran NFT.

5) Sport moment : Klip detik-detik sukan yang sukar dilupakan juga boleh dijadikan NFT. Rakaman sukan seperti slam dunk atau touchdown yang penting antara contoh NFT yang dibina.

Klip singkat berdurasi 10 saat ini boleh dijual pada harga lebih daripada 200 ribu US Dollar.

6) Meme : Anda juga dapat membeli dan menukar meme di pasaran NFT. Beberapa meme yang popular seperti Nyan cat, Bad Luck Brian dan lain-lain yang ada dalam pasaran NFT dijual dalam lingkungan 30 ribu US Dollar hingga 700 ribu US Dollar.

Sementara meme yang paling berharga adalah meme Doge yang dijual sehingga harga 4 juta US Dollar.

7) Nama Domain : Anda juga boleh mendaftarkan nama domain dan menjualnya pada pasaran NFT, dan akan mendatangkan keuntungan kepada anda

Pada kebiasaannya, anda perlu membayar pihak ketiga untuk mengelola domain anda. Namun jika membelinya di pasaran NFT, anda boleh menuntut hak pemilikan eksklusif tanpa atas nama tersebut tanpa ada perantara atau pihak ketiga.

8) Fesyen Virtual : Setiap pembelian yang berlaku di pasaran NFT adalah virtual dan ini juga telah membuka peluang kepada syarikat-syarikat fesyen yang besar untuk menembusi pasaran mereka daripada pasaran fizikal kepada pasaran virtual.

Sebagai contoh, H&M telah membuka outlet pertamanya di Metavers dan menjual barangan mereka secara virtual. Pembeli NFT fashion akan menggunakan NFT ini untuk dipakai oleh avatar online pada alam virtual.

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Selanjutnya

- SOSIAL MEDIA -spot_img

Artikel Terkini